Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anugerah Allah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nikmatAr 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar; menikmati 1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; kenikmatan perihal nikmat, keenakan, ke­sedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg me­mungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I.Kamus Dewan Edisi Keempat
nikmat1 pemberian drpd Allah; kurnia atau anugerah Allah: Tidak banyak makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan. 2 sesuatu yg lazat, enak, sedap dsb: ~ yg begini sukar dicari. menikmati me­ngecap (merasai, mengalami) nik­mat: Mereka ~ kehidupan yg sangat ba­ha­gia. Ketika kami sampai, mereka sedang ~ makan tengah hari. kenik­matan keadaan atau hal nikmat; ke­enakan; kelazatan: ~ di syurga tidak ada bandingannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nikmat1 pemberian drpd Allah; kurnia atau anugerah Allah: Tidak banyak makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan. 2 sesuatu yg lazat, enak, sedap dsb: ~ yg begini sukar dicari. menikmati mengecap (merasai, mengalami) nikmat. kenikmatan keadaan atau hal nikmat; keenakan; kelazatan: ~ di syurga tidak ada bandingannya.Kamus Pelajar
keramat1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (diper­cayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (mengang­gap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
anugerahpemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara; menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
kurnia1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; mengurniakan menganugerahkan, mem­berikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; pengurniaan perihal atau perbuatan mengur­niakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan; pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengkufuri1 tidak percaya kpd (Tuhan): Mereka akan dianggap ~ Allah andainya mereka kembali kafir. 2 tidak bersyukur akan (nikmat, anugerah dsb Allah): Ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kufur1 tidak percaya kpd Allah dan Rasul-Nya; kafir. 2 tidak (tahu) bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. ~ nikmat tidak bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. mengkufuri 1 tidak percaya kpd (Tuhan): Mereka akan dianggap ~ Allah andainya mereka kembali kafir. 2 tidak bersyukur akan (nikmat, anugerah dsb Allah): Ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah. mengkufurkan menganggap kufur: Manusia tidak berhak ~ orang lain. kekufuran keadaan atau sifat kufur: Dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menganugerahimemberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
kurnia1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas