Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
absorbedadj; /be, become/ ~ in, asyik dgn, /asyik, leka/ + approp v; (in activity that is spiritual in nature) khusyuk + approp v: she became ~ in social work, dia asyik dgn kerja kebajikan; to be ~ in a book, (sedang) asyik membaca buku; to be ~ in meditation, khusyuk bertafakur; with ~ /attention, interest/, dgn asyiknya, dgn /sepenuh minat, keasyikan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deepbe ~ in, (thought, day-dream, work, etc) asyik: to be ~ in thought, asyik berfikir; to be ~ in a book, asyik membaca; to be ~ in conversation, asyik berbual; ~ in debt, hutang sekeliling pinggang; ~ in trouble, ada kesalahan besar: he is ~ in trouble with the police, dia ada kesalahan besar dgn polis; thrown in at the ~ end, terkapai-kapai: having had little experience in running an organization, I was thrown in at the ~ end, krn mempunyai hanya sedikit pengalaman dlm mengendalikan organisasi, saya terkapai-kapai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raptadj engrossed, completely absorbed, asyik, ralit: he would sit for hours, ~ in thought, dia akan duduk berjam-jam asyik berfikir; she was ~ in a book, dia asyik membaca buku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
preoccupiedadj asyik, leka: she was too ~ to notice me, dia begitu asyik sehingga tdk nampak saya; he had a ~ look on his face, air mukanya menunjukkan bahawa dia sedang leka; he is always ~ with his work, dia sentiasa asyik dgn kerjanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immerse~ os in, cause os to be totally absorbed in, asyik: he would ~ himself in his work, dia asyik membuat kerjanya; they were ~d in a conversation, mereka sedang asyik berbual.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moon~ st away, asyik /termenung, melengung/: she ~ed the morning away, dia asyik termenung sepanjang pagi itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moonyadj dreamy without purpose, asyik berkhayal: a ~ adolescent girl, gadis remaja yg asyik berkhayal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-absorbedadj asyik dgn diri sendiri: she is too ~ to notice someone else’s problem, dia terlalu asyik dgn dirinya sendiri dan tdk nampak masalah orang lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
primpvi (dated) asyik bersolek: Katie spent hours ~ing before the party, Katie menghabiskan masa berjam-jam asyik bersolek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ on about /so., st/, asyik bercakap ttg /sso, sst/: she kept on and on about her new boyfriend, dia asyik bercakap ttg teman barunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas