Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ghalet[gA.let]kata adjektifleka atau asyik.Ghalet awak bace buku.[ÄA.let A.wA/ bA.dZ« bu.ku]Asyik dan tekun kamu membaca buku.
melahu[m«.lA.hu]kata kerjamembuang masa tanpa melakukan apa-apa kerja.Orang laen dok keje, kami sorang dok melahu[o.ÄAN lAen do/ k«.dZ« kA.mi so.ÄAN do/ m«.lA.hu]Orang lain asyik bekerja, saya seorang yang duduk tidak membuat apa-apa.
membokoh[m«m.bo.koh]kata kerjamakan berulang-ulang dengan banyak (bahasa kasar).Jangan asyek nak membokoh saje, nanti gemok gedempol.[dZA.NAn A.Se/ nA/ m«m.bo.koh sA.dZ« nAn.ti g«.mo/ ]Jangan asyik hendak makan sahaja, nanti gemuk.
melendet[m«.len.det]kata kerjamerapati orang yang disayangi.Dah besa panjang pon asyek nak melendet kat mak aje.[dAh b«.sA pAn.dZAN pon A.Se/ nA/ m«.len.det kAt mA/ A.dZ«]Sudah besar pun, asyik hendak berdamping dekat emak sahaja.
melincu[m«.lin.tSu]kata kerjamencucuk mata (perbuatan mencucuk orang lain dengan jari, biasanya anak kepada emak).Nakal bena kau ni, asyek melincu orang aje.[nA.kAl b«.nA kAu ni A.Se/ m«.lin.tSu o.ÄAN A.dZ«]Nakal benar engkau ini, asyik mencucuk mata orang sahaja.

Kembali ke atas