Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kayu letop[kA.ju l«.top] alat penolak dalam permainan letup-letup yang diperbuat daripada bilah buluh yang kecil.Nyampah betul, kayu letop aku ni asyik patah aje.[øAm.pAh b«.tul kA.ju l«.top A.ku ni A.Si/ pA.tAh A.dZ«]Menyampah betul, kayu letup aku ini selalu sahaja patah.
melahau[m«.lA.hAw]kata kerjamenangis dengan kuat, melalak.Ape keje budak ni, asyek melahau aje.[A.p« k«.dZ« bu.dA/ ni A.Se/ m«.lA.hAw A.dZ«]Asyik melalak sahaja budak ini.
betojang[b«.to.dZAN]kata kerjabertengkar.Kau ni asek betojang je adek-beradek.[kAw ni A.se/ b«.to.dZAN dZ« A.de/ b«.ÄA.de/]Kau ni asyik betojang sahaja adek-beradek.
menugal[m«.nu.gAl]kata adjektifkeadaan layang-layang di udara yang tiba-tiba menjunam.Layang-layang aku ni asek menugal aje, geram betol aku![lA.jAN.lA.jAN A.ku ni A.se/ m«.nu.gAl A.dZ« g«.ÄAm b«.tol A.ku]Layang-layang aku ini asyik menjunam sahaja, geram betul aku!

Kembali ke atas