Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
AsyikPusat Dokumentasi Melayu, DBP Cawangan SarawakTiada[2009] 
AsyikDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20069836293078
Asyik budi pada berahinyaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada19929836226753
Jelajah Asyik Moh Ke SekolahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Syair Asyik Maksyuk Tiada  
Kelebihan asyik Tiada1920 
Syair Asyik MasyukDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tarian asyikStormkitchenTiada2003983-2106-87-7
Laut AsyikBadan Bahasa SabahTiada2000983-62-6843-X
Perjuangan AsyikIbrahim bin OthmanTiada1930 
123

Kembali ke atas