Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au] | اءو

Definisi : simbol kimia bagi aurum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au] | اءو

Definisi : sr kata utk menyatakan kesakitan (ketakut­an atau keadaan terkejut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata au


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Banyak rakan saya, termasuk yang bekerja sebagai guru sering keliru tentang perbezaan diftong dan vokal berganding. Saya mendapati perkataan-perkataan seperti 'daun', 'jauh' dan sepertinya diberikan sebagai contoh yang mengandungi diftong 'au', tetapi saya kurang setuju kerana 'au' dalam contoh-contoh ini ialah vokal berganding. Pada pandangan saya, kekeliruan ini timbul disebabkan pemahaman yang kurang tentang pemenggalan suku kata bahasa Melayu. Diftong 'au' dalam perkataan seperti 'bakau', 'engkau' dan 'pulau' tidak harus disamakan dengan vokal berganding dalam perkataan seperti 'daun', 'jauh' dan 'laung'. Hal ini demikian kerana 'au' dalam contoh yang kedua dipisahkan oleh dua suku kata dan tidak disebut dengan satu puncak kelantangan, maka tidak boleh dianggap sebagai diftong. Namun saya kurang pasti sama ada pemahaman saya sebegini adalah betul atau tidak. Jadi saya ingin meminta penjelasan yang lebih arif daripada tuan/puan tentang masalah ini. Hal ini amat penting bagi mengurangkan kekeliruan baik dalam kalangan pengajar atau pelajar, terutamanya daripada golongan Cina. Terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Diftong dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong, dan contoh  vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.
Tatabahasa09.07.2015
au pada perkataan beliau ialah vokal berganding atau diftong? Terima kasih!Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi.Tatabahasa23.12.2015
Tolong berikan contoh bagi dftong, vokal berganding, konsonan bergabung, dan digrafDiftong ialah dua huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap; contohnya pantai, pisau dan dodoi. Digraf ialah apabila dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (ng, ny, sy); contohnya nganga, nyanyi dan syiling.Tatabahasa26.12.2010
Salam sejahtera. Di sini saya inginkan mendapatkan kepastian adakah 'bau', 'kau' dan 'wau' termasuk dalam suku kata gabungan diftong au? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah spt ai, au, dan oi. Maka, kau dan wau ialah diftong. Manakala, bau pula ialah vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.Tatabahasa26.03.2014
Diftong ialah gabungan dua vokal ai,oi,au dalam satu hembusan nafas dan dalam satu suku kata yang sama. Saya ingin mengenalpastikan sama ada Gua,tua,peria adalah diftong atau vokal berganding? Sebab ada maklumat yang telah dicari menyatakan gua,tua,dan peria adalah diftong,dan ada yang menyatakan ia adalah vokal berganding. Terima kasih atas perkhidmatan yang diberi.Melalui semakan kami terhadap data yang ada, hanya vokal ai, au, dan oi dikenali sebagai diftong. Vokal yang selain daripadanya dikenali sebagai vokal berganding.Tatabahasa18.01.2014
kelaskan frasa berikut mengikut kategorinya, iaitu diftong, vokal berganding, digraf atau konsonan bergabung: susu cair, Hari Raya Aidilfitri, berbentuk kiub, setelah selesai, mendirikan khemah, taman rekreasi , mangkuk kecil, stesen bas. Sekian, terima kasih.Diftong ialah dua huruf vokal seperti ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap seperti pantai, pulau dan amboi. Vokal berganding pula ialah dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, dan sy. contohnya, nganga, nyamuk dan syarikat. Konsonan bergabung juga ialah digraf. Pengelasan perkataan yang tersenarai boleh dibuat mengikut huraian maksud yang telah diberikan. Perlu diingat contoh perkataan bagi setiap istilah lazimnya merujuk satu per satu perkataan, bukan frasa seperti yang tuan berikan.Tatabahasa07.10.2015
Perkataan 'pau' Dan 'bau' merupakan vokal berganding atau diftong?Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Dalam data rujukan kami, au dalam bau (merujuk tempat di Sarawak) dan pau (merujuk kuih) ialah diftong, manakala bau (merujuk hidu) merupakan  gabungan vokal/vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing apabila dipecahkan mengikut suku kata.Tatabahasa31.03.2016
Apakah padanan yang tepat bagi istilah "water wise"? http://www.plants4perth.com.au/resources-1/what-does-waterwise-meanUntuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah "water wise". Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah02.01.2017
Assalamualaikum wr wb, Saya ingin tahu jika perkataan yang berakhir dengan 'ai atau au' (seperti: sungai, badai dan pulau) tergolong dalam suku kata tertutup? Terima kasih.Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa15.07.2013
Lawatan & Pembentangan Informasi oleh British Universities Malaysia (BUM) Salam sejahtera dari AusEd – UniEd (AU) International! Kami mewakili sekumpulan Universiti British yang percaya bahawa pelajar wajar membuat keputusan yang bernas mengenai pemilihan masa depan pelajaran mereka. Kumpulan Universiti terbabit menawarkan pelbagai kursus dari pengajian klasik hingga ke kursus yang berkaitan dengan industri. Universiti yang di maksudkan adalah: - Middlesex University - Newcastle University - University of Portsmouth - The University of Sheffield - University of Wolverhampton Sebagai penyelaras usaha mereka, saya amat berbesar hati sekiranya diberi peluang mengadakan pembentangan informasi dan pameran pendidikan di kolej Tuan/Puan. Cadangan tarikh dan waktu seperti berikut: Tarikh : XXXX Waktu : XXXX Saya berharap pihak Tuan/ Puan dapat memberikan maklum balas yang positif mengenai perkara ini. Terima kasih.Terima kasih soalan yang dikemukakan.  Saya mencadangkan Tuan/Puan menulis surat terus kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur bagi mengemukakan cadangan berkenaan.  Sebaiknya surat berkenaan dapat diperincikan tentang pembentangan, tarikh/waktu dan lain-lain.Lain-lain19.11.2008
1234

Kembali ke atas