Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[aur] | اءور

Definisi : buluh; bambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[aur] | اءور

Definisi : buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dll; bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan; spt ~ di­tarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aur

Puisi
 

Kusangka aur di tanah seberang,
     Rupanya tebu tumbuh di busut;
Disangka jujur hati orang,
     Rupanya muslihat mencapai maksud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai aur bergantung ke tebing,
     bagai tebing bergantung ke aur.

Bermaksud :

Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hawar-hawarsj tumbuhan (herba), aur-aur, awo-awo, rumput tapak itik, Floscopa scandens.Kamus Dewan Edisi Keempat
gading I1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading.Kamus Dewan Edisi Keempat
aurbuluh; bambu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
aurbuluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dll; bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan; spt ~ di­tarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
aurbuluh; bambu.Kamus Pelajar
bambubuluh, aur; ~ suda buluh atau bilah buluh yg diruncingkan sbg ranjau: serangan dibuat terhadap kampung-kampung yg hanya berbentengkan ~ suda; senapang ~ ki orang yg besar cakap tetapi tidak berbahaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
buluh apussj tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera.Kamus Dewan Edisi Keempat
apus; buluh ~ sj tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera.Kamus Dewan Edisi Keempat
buluhsj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari.Kamus Dewan Edisi Keempat
temiang I1. sj buluh kecil yg tipis (biasanya dibuat sumpitan), buluh aur gading, buluh minyak, buluh sumpitan, Bambusa wrayi; 2. sumpitan; berebut ~ hanyut, tangan luka, ~ tak dapat = merebut ~ belah prb perihal dua orang yg berkelahi (sampai luka-luka) mere­but­kan sesuatu tetapi barangnya tidak dapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas