Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[aur] | اءور

Definisi : buluh; bambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[aur] | اءور

Definisi : buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dll; bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan; spt ~ di­tarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aur

Puisi
 

Kusangka aur di tanah seberang,
     Rupanya tebu tumbuh di busut;
Disangka jujur hati orang,
     Rupanya muslihat mencapai maksud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai aur bergantung ke tebing,
     bagai tebing bergantung ke aur.

Bermaksud :

Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Aur ditanam betung tumbuh.Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai aur dengan tebing.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai aur di atas bukit.Menyerahkan diri kepada nasib.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti aur ditarik songsang.Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Betung ditanam aur tumbuh.Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memagar diri bagai aur.Hanya memikirkan diri sendiri saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun.Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas