Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[aur] | اءور

Definisi : buluh; bambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[aur] | اءور

Definisi : buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dll; bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan; spt ~ di­tarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aur

Puisi
 

Kusangka aur di tanah seberang,
     Rupanya tebu tumbuh di busut;
Disangka jujur hati orang,
     Rupanya muslihat mencapai maksud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai aur bergantung ke tebing,
     bagai tebing bergantung ke aur.

Bermaksud :

Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » June
jika bahtera pada waktu itu digunakan bukan sahaja untuk urusan ketenteraan dan perdagangan serta pelanunan, malah perkhidmatan kapal penumpang yang menghubungkan beberapa buah petempatan, yang tentunya memerlukan kajian lanjut. Bagai aur dengan tebing, laut dan bangsa Melayu memang tidak dapat dipisahkan. Bangsa Melayu bangsa maritim. Laut menjadi tempat permainan mereka. Sejarah maritim Melayu dikatakan wujud sejak zaman neolitik, lebih daripada 6000

Kembali ke atas