Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gan] | باݢن

Definisi : 1 gambar yg dibuat secara kasar. 2 tiang-tiang rumah yg baru didirikan. 3 tiang dan palang pd para-para tempat menjemur ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.gan] | باݢن

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok), mempelasari (hari), (m)empelas hari, pelasari, Alyxis lucida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gan] | باݢن

Definisi : 1. tiang-tiang rumah yg baru didirikan, tiang-tiang dan kayu-kayu palang tempat menjemur ikan; 2. (gambar) lakar; peta ~ Id peta lakar; 3. (gambar) rancangan: oleh sebab ketiadaan ~ waktu itu, kita menjadi tidak jelas, kabur tentang hari depan, dr segi politik; ~ pengajaran bahasa rancangan pengajaran bahasa; 4. pangkalan: balak ditarik ke panglong, ke ~ atau ke kilang;berbagan 1. mempunyai bagan; 2. berpangkalan: mereka selamat sampai ke pantai tempat nelayan Cina ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soft-rotreput lembutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanReput pada kayu yang digunakan dipersekitaran air seperti di menara penyejuk dan bagan kapal. Reput ini disebabkan oleh serangankulat di atas
trestlepenopangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRangka kayu yang terdiri daripada bahagian mendatar yang biasanya disokong oleh dua kaki condong, dan diperkuat dengan kayu silang. Penopang berfungsi menyangga binaan seperti bagan, jambatan, jeti atau pelantar di tepi sungai. Binaan ini biasanya terendam di dalam air dan memerlukan kayu yang tahan lama dan diawet, seperti cengal, bitis, belian, keruing, dan bakau.
pile trestlepenopang cerucukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPenopang kayu balak bulat yang ditanam secara tegak lurus ke dalam tanah, dan digunakan bagi meyokong atau menyangga binaan yang berhampiran dengan air seperti bagan, jambatan, dan jeti. Kayu yang biasanya digunakan ialah kayu bakau.

Kembali ke atas