Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah.te.ra] | بهترا

Definisi : sj kapal layar yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bah.te.ra] | بهترا

Definisi : sl kapal besar; melayarkan ~ hidup ki menjalani kehidupan sehari-hari; mengendalikan ~ rumah tangga mengendalikan kehidupan berumah tangga atau berkeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahtera


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » December
ayat 13, Surah AI Hudjurat menyentuh seruan dan peringatan Ilahi terhadap seluruh umat manusia yang merupakan komponen mewujudkan negara bangsa. Mauduk ini menyentuh peranan dan tanggung jawab nakhoda, menakhodai sebuah bahtera untuk mengharungi gelombang pelayaran di maya luas. Raja laksana nakhoda, negara bangsa laksana bahtera, laluan yang ditempuhi laksana gelombang pelayaran. Yang diperlukan, kebijaksanaan dan kearifan nakhoda, melayari bahtera dalam keadaan padu dan selamat agar tidak tenggelam dalam badai gelombang samudera.” Baginda mengimbas sejarah fungsi
Dewan Budaya » 2015 » June
kapal Magellan. Kemudian Magellan membeli Awang daripada Alfonso de Albuquerque, panglima Portugis yang memimpin serangan terhadap Melaka, di Goa. Zabidin Ismail berpendapat bahawa Awang dibeli oleh Magellan kerana kebolehannya mengendalikan bahtera. Hal ini bukanlah aneh kerana bangsa Melayu memang memiliki ilmu pelayaran dan ilmu perkapalan yang tinggi. Kalau nakhoda kuranglah faham, alamatnya kapal akan tenggelam. Menurut Hasrina Baharum yang memetik Mohd gambaran bahawa pembina kapal tersebut memang hebat orangnya, yang mempunyai kemahiran yang tinggi, yang memang arif dalam bidangnya. Inilah yang disebut sebagai kearifan tempatan. Oleh itu, tidak mustahil juga jika bahtera pada waktu itu digunakan bukan sahaja untuk urusan ketenteraan dan perdagangan serta pelanunan, malah perkhidmatan kapal penumpang yang menghubungkan beberapa buah petempatan, yang tentunya memerlukan kajian lanjut. Bagai aur dengan
Dewan Budaya » 2013 » September
jurang perbezaan yang luas terhadap persepsi asal usul sejarah bahkan pengiktirafan pada kebudayaan asal penduduk negara ini. Ilusi manusia yang berumur setengah abad terhadap dirinya yang berasa sentiasa benar menghanyutkan bahtera negara yang sentiasa berada dalam zon selesa hingga hampir karam kehilangan kuasa pentadbiran.Hal inilah yang harus diakui secara jujur bahawa berpunca daripada kemelut kuasa dengan kemudi bangsa sebagai tonggak

Kembali ke atas