Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.sa] | بڠسا

Definisi : 1. jenis manusia drpd satu asal keturunan: ~ Melayu; ilmu ~ pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dll) sesuatu bangsa; 2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan: ~ Malaysia; 3. macam, jenis: setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~; 4. jantina, jenis kelamin; 5. darjat tinggi, keturunan mulia: bahasa menunjukkan ~; rosak ~ kerana laku;sebangsa 1. serupa bangsa, satu bangsa: ~ dan setanah air; 2. semacam, sejenis: ayam ialah ~ unggas;berbangsa 1. termasuk dlm bangsa: jurutaip itu ~ Cina; 2. drpd keturunan orang baik-baik (bangsawan dll): orang berasal lagi ~; 3. Mn berkerabat: saya ~ dgn isterinya;membangsakan ark menganggap sbg bangsa (kerabat dll);kebangsaan 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~;berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan: dr mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.sa] | بڠسا

Definisi : ; ~-~ Bersatu pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara merdeka yg bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.sa] | بڠسا

Definisi : 1 kumplan manusia yg sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya: ~ Melayu. 2 kumpulan manusia yg menjadi rakyat sesebuah negara: ~ Malaysia. berbangsa 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. kebangsaan hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. bangsawan 1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsa

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bangsa bermuka papan.

Bermaksud :

Tidak bermalu.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bangsa-Bangsa BersatuMurni RamliDewan Siswa1 November 1981
Dalam perjalanan ke Bangsa Bangsa BersatuUsman AwangDewan Budaya1 July 1979
Suara pertama Melayu di Bangsa-bangsa BersatuMohd. Tajuddin Abdul RahmanDewan Siswa1 August 1984
Bahasa Melayu di Pertubuhan Bangsa-bangsa BersatuArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 October 1996
Bangsa Jiwa Bangsa: Perspektif Politik dan Pejuang BahasaAbdul Rahim Abu BakarDewan Bahasa1 June 2000
Bangsa Cina bangsa yang kuat bekerjaMuhammad Azli Shukri dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 September 2007
Dari "Bangsa Melayu" ke "Bangsa Malaysia"Hassan AhmadDewan Budaya1 November 1996
Maju negara maju bangsa atau maju bangsa maju negara?Hassan AhmadDewan Masyarakat1 October 1991
Peringatan kepada anak bangsa [Ulasan buku Diari Bangsa karya Sharif Putera]Saira SalimDewan Sastera1 December 2008
Bangsa Malaysia: fahamkah kita?A. Aziz DeramanDewan Budaya1 August 2008
12345678910...

Kembali ke atas