Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsa

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bangsa bermuka papan.

Bermaksud :

Tidak bermalu.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
United Nations Economic and Social Council (ECOSOC)Majlis Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaSalah satu badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Anggotanya dilantik oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut giliran berdasarkan kewilayahan dan tempoh keanggotaannya selama tiga tahun. Fungsi badan ini terbahagi kepada tiga kategori umum. Pertama, membincangkan dan mengesyorkan cadangan dalam isu berkaitan hak asasi manusia, pelarian, pembangunan ekonomi dan sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan, bekalan makanan, pengangkutan dan perdagangan, populasi, dadah, perumahan, keadaan buruh, dan komunikasi. Kedua, melakukan kajian dan membuat laporan yang berkaitan dengan kategori pertama. Laporan ini menjadi sumber maklumat utama yang digunakan oleh kerajaan dan penyelidik persendirian. Ketiga, menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara pelbagai agensi yang terlibat dalam program ekonomi dan sosial antarabangsa. Sinonim ECOSOC.
Liga Bangsa-BangsaLeague of NationsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1920 selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, bertujuan untuk mencapai keamanan dan keselamatan antarabangsa bagi menghindari terjadinya peperangan. Liga Bangsa-Bangsa ialah pertubuhan antarabangsa yang mula-mula sekali ditubuhkan. Ia diasaskan atas konsep keselamatan bersama. Liga Bangsa-Bangsa telah dibubarkan pada tahun 1946 selepas gagal menghalang Perang Dunia Kedua daripada meletus dan digantikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuCharter of the United NationsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTriti yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Draf asal piagam disediakan oleh empat negara kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, Great Britain dan China dalam Persidangan Dumbarton Oaks dan Yalta. Negara-negara lain kemudiannya dipelawa untuk menyertai perundingan dalam Persidangan San Francisco dan piagam tersebut dimeterai oleh semua negara anggota. Piagam tersebut memperuntukkan prinsip dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai satu triti, piagam tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kekerasan seperti peperangan kecuali langkah keselamatan bersama dan pertahanan diri.
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA))Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia BaratSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)United Nations (UN)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara.
United Nations Relief and Rehabilitation Administration (UNRRAPentadbiran Bantuan dan Pemulihan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1943 semasa Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada kawasan yang dibebaskan daripada kuasa paksi (Jerman, Itali dan Jepun). Pada tahun 1943, terdapat 52 buah negara yang terlibat dalam pertubuhan ini yang menyumbangkan dua peratus daripada pendapatan negara mereka kepada pertubuhan ini. Bantuan yang disediakan seperti bantuan kecemasan, makanan dan ubat-ubatan serta membaik pulih perkhidmatan awam, pertanian dan industri. Antara negara yang pernah mendapat bantuan daripada pertubuhan ini ialah China, Czechoslovakia, Greece, Itali, Poland, Ukraine dan Yugoslavia. Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan ini berjaya menolong seramai tujuh juta pelarian pulang ke negara masing-masing. Pertubuhan ini menghentikan operasinya di Eropah pada 30 Jun 1947 dan di China pada 31 Mac 1949. Pada masa kini, fungsi pertubuhan ini telah dipindahkan ke pertubuhan lain di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu seperti Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, Pertubuhan Makana
United Nations (UN)Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan ini dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. Sinonim PBB.
United Nations CharterPiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaDokumen bertulis yang menjadi perlembagaan PBB. Piagam ini ditandatangani di San Francisco pada 26 Jun 1945 dan disahkan oleh 51 buah negara. Piagam ini menggariskan perjalanan dan aktiviti dalam sistem PBB, termasuk struktur organisasi, prinsip, kuasa dan fungsi PBB. Piagam ini menekankan tujuan PBB untuk mengekalkan keamanan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara.
UN Protection Force (UNPROFOR))Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR.
United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD)Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Bangsa- Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaAgensi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1962. Antara faktor yang menyebabkan wujudnya persidangan ini adalah kerana ketidakpuasan hati kebanyakan negara sedang membangun dengan sokongan terhad yang diperoleh daripada beberapa saluran antarabangsa untuk membantu mereka mencapai matlamat ekonomi. Persidangan ini didominasikan oleh Kumpulan 77, iaitu satu penyatuan yang kukuh antara negara sedang membangun. Walaupun penyatuan ini sekarang merangkumi lebih kurang 125 negara, mereka masih dikenali sebagai Kumpulan 77. Agensi ini berfungsi sebagai saluran bagi negara membangun dalam memajukan kepentingan mereka bersama. Terdapat pelbagai permintaan yang dikemukakan oleh agensi ini dalam resolusi yang diluluskannya. Contohnya, resolusi menstabilkan harga komoditi utama melalui persetujuan antarabangsa dan mengurangkan tarif serta halangan perdagangan lain terhadap komoditi utama. Sinonim UNCTAD.
1234567

Kembali ke atas