Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)

551

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat.Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda".Tatabahasa03.01.2013
tolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyaktolong tanyah : pendaftaran no: 1476/2014, lulus tak? terima kasih banyak banyak
Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.
Lain-lain24.01.2014
1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4.

Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.


Tatabahasa12.05.2011
adakah banyak boleh menggantikan ramai untuk orang contoh ayat: banyak orang banyak murid banyak ibu bapaPerkataan ramai membawa maksud terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Frasa ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul dan penggunaannya disesuaikan mengikut konteks ayat. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak  orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti banyak ibu bapa merujuk bilangan ibu bapa yang besar jumlahnya. Tatabahasa12.02.2018
Assalamualaikum. Saya sudah boleh muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi Terima kasih banyak-banyak.Sama-sama. Jadikan prpm.dbp.gov.my teman setia di hujung jari saudara. Sebarkanlah kemanfaatannya kepada rakyat Malaysia yang lain.Lain-lain10.01.2014
Selamat sejahtera Saya ingin mengetahui sama ada susunan "mempunyai banyak" ataupun "banyak mempunyai" merupakan susunan yang betul. Sekian, terima kasih.Kedua-dua "mempunyai banyak" dan "banyak mempunyai" adalah betul.Tatabahasa11.01.2012
apakah maksud banyak ragam?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Makna10.02.2011
Tuan, antara dua frasa berikut, yang manakah betull? 1. (a) membedakan banyak orang dengan orang banyak, (b) membedakan banyak orang daripada orang banyak. Sebelum tuan menjawab soal saya dengan pendapat kewarasan tuan, silalah teliti pendapat saya dalam WordPad yang terlampir untuk menimang betul salah huraian saya itu.Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Frasa yang betul ialah "banyak orang".Tatabahasa15.12.2016
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul?Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'.  Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut.Tatabahasa08.02.2011
Assalamualaikum.... Saya Telah Membuat Pembetulan Pada Bahagian Nombor Telefon Sebagaimana Yang Telah Dimaklumkan...Mohon Semakan Semula Adakah Papan Tanda Terbaru Ini Boleh Digunakan?Terima Kasih Banyak-Banyak...Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa01.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas