Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yu] | بايو

Definisi : udara yg bergerak perlahan-lahan; angin yg tidak kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.yu] | بايو

Definisi : sl hamba, sahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yu] | بايو

Definisi : berubah rasa (kerana basi);bayuan makanan (minuman yg basi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yu] | بايو

Definisi : sl angin yg bertiup perlahan-lahan dan lembut; balai ~ balai peranginan; dipuput ~ ditiup bayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayu

Puisi
 

Liuk longlai dipupuk bayu,
     Bayu sampai ke taman raja;
Kalaulah bunga mematah layu,
     Kumbang yang mana datang memuja.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breezebayuMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang terhasil akibat perolakan dengan kelajuan sederhana antara 4 hingga 27 knot mengikut skala Beaufort; iaitu bayu silir (4-6 knot), bayu lembut (7-10 knot), bayu sederhana (11-16 knot), bayu segar (17-21 knot), dan bayu kuat (22-27 knot). Bayu di kawasan pantai laut yang bertiup pada waktu siang disebut bayu laut, manakala yang bertiup pada waktu malam disebut bayu darat. Lihat juga skala Beaufort.
sea breezebayu lautMeteorologiMeteorologi PerhubunganBayu di kawasan pantai yang bertiup dari laut kedarat akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan. Bayu laut selalunya bertiup pada waktu siang yang tenang dan panas, dan selalunya lebih kuat daripada bayu darat. Bandingkan bayu darat.
oceanic climateiklim lautanGeografiTiadaIklim yang sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor kelautan seperti angin pantai, arus lautan, bayu darat, bayu laut, dan kedudukan yang hampir dengan lautan.
oceanic climateiklim lautanGeologiTiadaIklim yang sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor kelautan seperti angin pantai, arus lautan, bayu darat, bayu laut, dan kedudukan yang hampir dengan lautan.
strong breezebayu kuatMeteorologiMeteorologi PerhubunganBayu di kawasan pantai yang bertiup dari laut ke darat akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan. Bayu laut selalunya bertiup pada waktu siang yang tenang dan panas
land breezebayu daratMeteorologiMeteorologi PerhubunganBayu di kawasan pantai yang bertiup dari darat ke laut, akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih panas daripada permukaan daratan. Bayu darat selalunya bertiup pada waktu malam.
breezebayuGeografiTiada. Bayu terbentuk disebabkan proses olakan yang membentukkan perbezaan tekanan di permukaan bumi.
land breezebayu daratanGeografiTiadaBayu sejuk yang bertiup pada waktu malam daripada daratan ke laut disebabkan perbezaan pemanasan daratan dan air.
mountain breezebayu gunungGeologiTiadaBayu yang bertiup menuruni cerun gunung kerana aliran graviti udara sejuk.
glacier breezebayu glasierMeteorologiMeteorologi PerhubunganBayu akibat graviti cetek yang menuruni glasier dan bertiup pada waktu siang dan juga malam.
12345

Kembali ke atas