Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : ; ~ ular sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, leban bunga, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakang

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pemalung Bj, Slbahagian belakang lepa.Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai ‘panga’, manakala bahagian belakang dipanggil ‘pemalung’.www.berita Harian .com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
basong, *basung* Ibsejenis bakul kecil yang dibuat daripada anyaman (halus) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain.Keling lalu bangun dan menyandang bakul sap basong melintang, menyandang sumpitan tapang. Di pinggangnya diikatkannya pula pedang panjang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkat Ib, Sksejenis bakul besar yang dibuat daripada anyaman (jarang) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain.Ketika Nek Siku pulang petang itu, Josika melihat jarum jam tangannya, menunjukkan pukul empat petang, sepertiga buis disumbatkan ke dalam bangkat dan dihantar ke rumahnya oleh orang lain. Dia sendiri berjalan dengan terhuyung-hayang ketika meninggalkan rumah itu tadi.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menyikut MSbmenggalas sesuatu di belakang.Pandangan matanya menerawang, memerhatikan keadaan sekitar. Seorang ibu berperut memboyot, menyikut bayi di belakangnya, sedang terbongkok-bongkok menggembur batas dengan mata cangkul.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ma Ibsejenis bakul yang digalas di belakang untuk membawa barang. Ia diperbuat daripada kulit rumbia, bemban atau rotan.Setiba Keling dan Laja di rumah pada petang itu, mereka meletakkan barang-barang yang mereka dapati. Ibu mereka masing-masing menuangkan bekas ma.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ekor, *ikuk* Ibbahagian kain yang di belakang bagi orang yang memakai cawat.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
anakbiak, *anak biak* Ib, MSrpengikut.Siapa sangka Tuai Rumah yang sudah bongkok belakang itu masih meleleh air liur melihat paha perempuan? Siapa sangka? Anakbiak-anakbiak di rumah panjang semuanya tidak akan percaya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sudap, *sulap* Kd, MSbdangau, pondok.“Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buan LBsejenis bekas mengangkut padi berbentuk bulat besar. Ia diperbuat daripada anyaman rotan. Disikut di belakang.Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wakid Kd, Tbbekas yang diperbuat daripada bambu yang dijalin untuk mengisi barang dengan cara dipikul di belakang si pembawa. Ia biasanya digunakan untuk membawa barang berat seperti durian, beras dan sebagainya.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas