Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : ; ~ ular sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, leban bunga, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakang

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
undur, = berundur 1 berjalan ke belakang; surut ke belakang. 2 menjauhkan diri dr sesuatu tempat; pergi dr sesuatu tempat: Kerana serangan musuh terlalu kuat, kami terpaksa ~. mengundurkan 1 menggerakkan ke belakang: Ia ~ keretanya. 2 menarik ke belakang; menyuruh berundur: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ musuh dr situ. 3 menangguhkan ke waktu yg lain; menunda: Ahmad ~ hari perkahwinannya ke bulan depan. ~ diri a. menarik diri; meletakkan jawatan; berhenti. b. pergi (dr); meninggalkan (sesuatu tempat): Kerana terlalu bising, ia ~ diri dr majlis tari-menari itu. pengunduran perbuatan atau hal mengundurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
punggung1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menye­rupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll); memunggung Mn 1. memperlihatkan pung­gung, membelakang; 2. ki tidak hendak mem­pedulikan saudara-mara lagi; punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung); memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkebelakang1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bokong1. = balik ~ terbalik (yg di muka ke belakang dll), salah mengerjakan (terbalik drpd aturan yg sebenarnya); baju ~ baju yg butangnya di belakang; kerja balik ~ kerja yg dimulakan pd bahagian yg terbalik; 2. punggung; 3. Jk belakang; membokong Jk 1. membaca terbalik (dr belakang ke muka); 2. melakukan sesuatu secara sulit, menyerang dr belakang;pembokongan penyerangan dr belakang (dgn diam-diam).Kamus Dewan Edisi Keempat
belikatbahagian belakang badan yg letaknya dr pinggang hingga ke bahu dan di antara tulang belakang dgn rusuk: tulang ~ tulang berbentuk spt kipas yg terdapat pd bahagian belakang bahu; urat ~ otot yg terdapat pd bahagian belakang badan yg letaknya selari dgn tulang belakang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
undur= berundur berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; mengundur 1. bergerak mundur, surut ke belakang: Sidek ~ dan duduk di tanah; 2. ki mengaku kalah, beralah; mengundurkan 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll), memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat, undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain, melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan membantu kami meng-atasi kesukaran-kesukaran di sini; ~ diri a) pergi dr, meninggalkan: ia menjadi bingung melihat keadaan itu lalu ~ dirinya balik ke rumah; b) menarik diri, berhenti dr, meletakkan jaKamus Dewan Edisi Keempat
belakang1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kediklentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan); lw bongkok. mengedik melentik sedikit ke belakang. mengedikkan melentikkan (badan dll) ke belakang; menyebabkan kedik. terkedik terlentik sedikit ke belakang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tirai belakanglatar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
punggung1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas