Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : ; ~ ular sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, leban bunga, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakang

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAKIT BELAKANG

Sakit belakang ialah kesakitan yang berlaku

di bahagian tulang belakang. Ia merupakan

gangguan biasa yang paling kerap menjejaskan

bahagian belakang sebelah bawah tetapi boleh

melibatkan mana-mana terus tulang belakang.

UMUM 
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
CICAK BELAKANG SIRAP UMUM 
LABAH-LABAH BELAKANG MERAH UMUM 
KATAK

Katak ialah haiwan kecil, tidak berekor dan

mempunyai mata yang tersembul. Hampir semua

katak mempunyai kaki belakang yang panjang. Kaki

belakang yang kuat membolehkan katak melompat

lebih jauh lagi daripada panjang badannya.

UMUM 
SPINA

Spina ialah bahagian rangka yang menganjur ke

bawah di tengah belakang. Ia terdiri daripada satu

turus tulang yang dikenali sebagai vertebra. Spina

memainkan peranan yang penting dalam postur

dan pergerakan, dan ia juga melindungi korda

spina. Spina juga dikenali sebagai turus spina,

turus vertebra, atau tulang belakang. Haiwan yang

mempunyai spina dinamakan vertebrat.

UMUM 
TENDON ACHILLES

Tendon Achilles ialah tendon di belakang

pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada

tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat

berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket.

Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang

Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon.

UMUM 
IKAN LAYARIkan layar ialah ikan besar yang mempunyai sirip
belakang yang besar yang kembung seperti layar
UMUMUmum
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM 
KANGGARU

Kanggaru ialah haiwan berbulu yang melompat

dengan kaki belakang. Kanggaru ialah anggota

terbesar dalam kumpulan mamalia yang dikenali

sebagai marsupial.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas