Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : ; ~ ular sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, leban bunga, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakang

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Majalah

Dewan Budaya » Umum
200 tahun dari waktu tersebut. Andaian tersebut dilakukannya dengan berdasarkan keadaan pada waktu itu. Enam tahun kemudian, keadaannya masih begitu pada pandangan sesetengah pihak – tidak ke hadapan, tidak juga ke belakang. Dalam keadaan budaya Melayu, termasuk bahasa, semakin suram, kabur, dan terumbang-ambing dilanda gelombang kemodenan, kekuatan untuk kelangsungannya, pada hakikatnya, terletak di dada setiap individu yang masih mengaku dirinya sebagai
Dewan Masyarakat | Agama
dan mengetepikan perbalahan yang berlaku demi memastikan kejayaan kepada pasukan yang diberi julukan Springboks. Share Thailand sudah berjaya dengan formula yang digarapnya sendiri. Korea Selatan dan Jepun sedang menyusur dari belakang. Bilakah pula Malaysia mahu bangkit dan mengasah kembali taringnya? Share Golongan muda yang baru menceburi dunia pekerjaan dan masih belum stabil kedudukan kewangannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk memiliki rumah
Dewan Masyarakat
Komuniti Terhadap Program JKM, Pencapaian Kanak-kanak bawah Institusi JKM, Penambahbaikan JKM, Bantuan JKM Mangsa mati terbaring di atas katil di dalam bilik tidurnya dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat, serta kakinya diikat Kes pembunuhan ini terpahat dalam sejarah sebagai salah satu kes pembunuhan berprofil tinggi yang paling kejam berlaku di negara ini. Malah, sensasi yang
Dewan Budaya » 2012 » January
telah  bangkit memberikan reaksi. Karya Keris Mas dan Mochtar  Lubis  dipilih  untuk  dikaji  secara perbandingan kerana kedua-dua orang pengarang ini  merupakan tokoh sasterawan  yang terkemuka. Lagipun mereka  mempunyai latar belakang dan  pengalaman pascakolonial yang  lebih kurang sama. Karya yang  dihasilkan oleh mereka pernah  melalui pengalaman hidup  dalam era kolonialisme Barat  dan era sesudahnya. Ciri jaya  diri tersendiri tampil melalui  pemikiran asalnya  Bukit) membawa dua citra  tipis berkabus. Satunya citra  seluruh bahagian Pulau Pinang,  dari sisi barat, yang meleper, seperti  kelawar sedang terbang, dengan  kaki pendeknya kejang ke depan  dan ke belakang. Ada Pulau Jerejak,  Pulau Betong dan Pulau Aman  di sebelah timurnya. Sayang, ada  selapis tipis awan dan jarak terlalu  jauh untuk membolehkan saya  mengambil foto yang baik. Sejurus selepas Pulau
Dewan Budaya » 2015 » September
tapak tangan dan jari, gulingan dan getaran bahu, gerak kepala yang tajam serta kedudukan posisi badan statik, kaki dibengkokkan dan dijengkek, serta gerak kaki menyapu kain kostum yang turun di belakang penari. Unsur staccato merupakan ciri utama pergerakan tarian topeng. Frasa gerak bermula dengan agem , iaitu lagak gaya ( pose ) asimetrikal badan apabila berat badan diletakkan di atas kaki kanan, kemudian dilakukan berjengkek dengan bahu dinaikkan dan tangan berparas bahu dan patah di sendi pergelangan tangan, siku dan bahu. Postur penari perempuan lentik ( arched ) dalam keadaan kaki bengkok dan punggung tonjol ke belakang kiri atau kanan. Kemudian dilakukan gerak berjalan. Posisi tangan tetap di bahagian atas. Lengan dan bahagian tangan atas hampir selari dengan paras bahu. Kedua-dua tangan dan lengan dalam keadaan
Dewan Budaya » 2014 » August
manakala air akan menampungnya. Orang kuno pandai mengumpulkan qi supaya tidak akan tersebar dan menjadi tenaga yang positif. Sejak zaman dahulu, penduduk Wuyuan mula memelihara gunung naga dan hutan di belakang kediaman kampung secara sukarela. Hal ini dilakukan kerana mereka percaya bahawa gunung naga dan hutan ini mengumpulkan angin dan qi di “gua naga” (iaitu tapak kampung), menjadikan kampung ini stabil yang kurang nyaman itu. Tidak ketinggalan juga pengunjung yang tercegat, cuba mencari meja kosong walaupun mengetahui keadaan yang tidak begitu selesa di dalam kedai itu. Tauke pemilik kedai – berdiri di belakang kaunter bayaran – sibuk melayan pelanggan yang membuat bayaran selepas menikmati hidangan. Si penjual sate ligat mengipas satenya, untuk hidangan mereka yang sudah berada di dalam kedai dan mereka yang sedang
Dewan Budaya » 2013 » May
homogen.Mereka ini merupakan kaum yang heterogen, yang mana terdapat perbezaan unik dari segi sosiobudaya, dan psikososio-kognitif bagi setiap kaum. Rasional di sebalik perbezaan ciri ini berkaitan dengan latar belakang komuniti Orang Asli itu sendiri, yang mana terdapat tiga suku kaum utama dalam komuniti Orang Asli, iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito. Manakala setiap kaum itu pula mempunyai enam suku
Dewan Budaya » 2015 » February
menjadi wartawan, penulis, dan pengarah drama televisyen, dan berlakon filem juga. Akhir-akhir ini sahaja, dia lebih dikenali sebagai pendendang dan pembimbing seni dendangan dan penulisan puisi warisan. Dengan latar belakang ringkas ini, fahamlah kita akan sebab dia mengangkat Bahaman. Produksi ini mendapat kerjasama seni daripada Majlis Teater Negeri Pahang dan Sanggar Nuun, Jogjakarta, Indonesia, pimpinan Wahyu Widayat. Sanggar Nuun ada
Dewan Budaya » 2017 » January
keterbukaan, dinamisme, kemajuan, dan tahap kemahiran teknologi sesuatu bangsa pada sesuatu masa. Bahasa utama di dunia memiliki adukan perbendaharaan kata daripada pelbagai bahasa.” Kita tidak patut mengambil langkah berundur ke belakang ketika bahasa itu sudah jauh berada di hadapan dan mempunyai potensi untuk terus tumbuh dan berkembang. Namun begitu, masih terdapat pemimpin politik yang mengambil pendekatan populis  dan tidak praktikal dengan
Dewan Budaya » 2017 » May
Penuh sesak auditorium JKKN pada malam itu, seolah-olah rakyat seluruh negeri berkumpul di situ.  Oleh sebab penulis ini tiba lewat di auditorium itu, terpaksalah penulis ini berdiri di barisan belakang untuk menonton persembahan pada malam itu.  Persembahannya memang menarik.  Penonton begitu terhibur menontonnya. Pastinya lelaki berbangsa Tionghoa tadi pun begitu. Dewan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan
Dewan Masyarakat | Orang Melayu Menjahanamkan Diri Mereka?
tetapi cuma cuba mempertahankan kedudukan yang kian lemah. Setiap kali orang lain mempersoalkan identiti, hak, ketuanan, serta asal usul geografi budaya dan tamadun Melayu, wakil suara Melayu berundur setapak ke belakang untuk melayani tuntutan mereka tanpa menambah kuatkan kedudukan bangsa sendiri. Kita melihat proses tolak ansur yang tidak adil dan tidak saksama ini berlaku sejak negara ini merdeka. Dalam keadaan tenang
Dewan Masyarakat | “Suara Belia Menggerakkan Jentera Perubahan” – Michael Teoh
hendak dikenalkan. Impak yang selalu tidak diendahkan ialah golongan muda. Apabila kami dilibatkan, kami akan lebih memahami dasar kerajaan yang sebenarnya. Setiap belia yang dipilih pun mempunyai kebolehan dan latar belakang yang berbeza, jadi pemilihan wakil belia juga perlu diambil kira. Kita kena berhati-hati juga tentang umurnya. Saya curiga jika wakil belia berumur 25 tahun ke atas. Memang kelihatan agak
Dewan Masyarakat | DM, Fatini dan Natrah
tahu apa-apa tentang Natrah, akhirnya beliau tahu tentang semua perkara tentang Natrah selepas membuat penyelidikan termasuk di perpustakaan akhbar United Kingdom dan arkib negara Belanda. Beliau perlu mencari latar belakang Natrah dan perlu mewawancara Natrah yang ketika itu tidak berada di Belanda, yang ada hanya bekas suami dan anak-anaknya. Jadi, beliau pulang dahulu ke Malaysia untuk menyiapkan tugasan bahan
Dewan Masyarakat | Kerahsiaan Perlu Dipertahankan
individu tertentu. Dalam kes Malaysia (jika maklumat itu sahih) ternyata negara berkenaan masih menyimpan perasaan dengki kepada Malaysia. Mereka umpama talam dua muka – berbuat baik apabila bersemuka tetapi mengeji di belakang. Negara berkenaan juga suka mengeji pemimpin dunia yang lain. Sikap pemimpin mereka adalah duplikasi sikap pemimpin Amerika Syarikat. Perlukah pemimpin negara seumpama ini dihormati? Tindakan Malaysia menghantar nota bantahan keras
Dewan Masyarakat | Surat Pembaca
muda merupakan generasi pelapis yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Status muflis yang dilabelkan kepada mereka akan menyebabkan masa depan mereka kelam. Share Memanjat Tangga Akademik Melalui Jalan Belakang Surat Pembaca Penerbitan bahan ilmiah yang betul-betul berkualiti adalah penting supaya aktiviti penyelidikan kita berada di landasan yang betul untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Share Skim Gadaian
Dewan Masyarakat | 2011 | Mei
Share Hargai Keunikan Kita, Hormati Perbezaan Agama Sosial Orang Melayu menghormati agama dan kepercayaan orang Cina dan India, dan begitu juga sebaliknya. Sifat terpuji sebeginilah yang menjadi tunjang dan tulang belakang kemajuan kita sebagai bangsa yang berjaya. Share Kelangsungan Hidup Pemborong Melayu Rencana Utama Pelbagai inisiatif diusahakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembabitan orang Melayu dalam sektor perniagaan, tetapi hasilnya masih mengecewakan
Dewan Budaya » Nota Editor
Penuh sesak auditorium JKKN pada malam itu, seolah-olah rakyat seluruh negeri berkumpul di situ.  Oleh sebab penulis ini tiba lewat di auditorium itu, terpaksalah penulis ini berdiri di barisan belakang untuk menonton persembahan pada malam itu.  Persembahannya memang menarik.  Penonton begitu terhibur menontonnya. Pastinya lelaki berbangsa Tionghoa tadi pun begitu. Dewan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan
Dewan Budaya » 2013 » July
suatu pengalaman yang amat berharga sebagai editor dan insan yang menumpang hidup di dunia milik Allah SWT, juga menjadikan saya cukup bersyukur dengan nikmat kebebasan yang saya miliki. Pelbagai latar belakang dan usia (awal 20-an sehingga 60 tahun) “ahli keluarga” yang mengikuti program seni kreatif sebagai salah satu elemen pemulihan di penjara ini. Coretan spontan salah seorang peserta berusia 40
Dewan Budaya » 2013 » August
tentang peri pentingnya keharmonian hidup bernegara dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini?Perpaduan menjadi kunci utama keharmonian yang menjadi mangkin kemakmuran ekonomi melalui interaksi sosial masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, kaum, dan fahaman politik. Pengumuman Perdana Menteri tentang Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 yang tidak menjejaskan kuasa kerajaan untuk menangani perbuatan mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian
Dewan Budaya » 2014 » September
200 tahun dari waktu tersebut. Andaian tersebut dilakukannya dengan berdasarkan keadaan pada waktu itu. Enam tahun kemudian, keadaannya masih begitu pada pandangan sesetengah pihak – tidak ke hadapan, tidak juga ke belakang. Dalam keadaan budaya Melayu, termasuk bahasa, semakin suram, kabur, dan terumbang-ambing dilanda gelombang kemodenan, kekuatan untuk kelangsungannya, pada hakikatnya, terletak di dada setiap individu yang masih mengaku dirinya sebagai
Dewan Budaya » 2014 » October
negara ke dalam kancah krisis dan pergolakan sosial. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita hidup di negara yang dikenali sebagai Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dengan latar belakang sejarah, budaya dan etnik yang berbeza. Malaysia, dengan 28 juta orang penduduk, mempunyai Sabah dan Sarawak sahaja mempunyai 65 etnik. Jika diambil kira kelompok yang mewakili subetnik, dialek dan subbahasa
Dewan Masyarakat | 2010 | September
Bahasa Melayu dalam Kaca di Jendela “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Psikologi dan Psikososial Mempengaruhi Tingkah Laku Mengundi? dalam Kesihatan Memanjat Tangga Akademik Melalui Jalan Belakang dalam Surat Pembaca Kita Semakin Pengotor? dalam Laporan Khas Dirgahayu Tuanku dalam Panorama Ajaran Sesat Ancaman Umat Islam dalam Rencana Utama Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan

Kembali ke atas