Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.tu/] | بنتوق

Definisi : 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentuk

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
burujconstellationSekumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya menyerupai bentuk-bentuk tertentu di cakerawala. Contohnya, buruj Biduk, buruj Belantik dan buruj Pari. Lihat RajahMenengah Rendah
perubahan tenagatransformation of energyProses penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Contohnya, perubahan tenaga pada lilin yang sedang menyala. Lihat RajahSekolah Rendah
keabadian tenagaconservation of energyJumlah tenaga dalam sesuatu sistem adalah malar. Tenaga hanya boleh berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain.Menengah Atas
perubahan tenagaenergy changeProses menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.Menengah Rendah
cecairliquidBahan yang mempunyai jisim, isi padu yang tetap dan tidak mempunyai bentuk tetap tetapi mengikut bentuk bekasnya. Contohnya, air. Lihat RajahSekolah Rendah
cecairliquidJirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas.Menengah Atas
bentuk gelombangwaveformCorak gelombang yang merambat dalam medium fizikal.Menengah Atas
pembekuan darahblood clottingProses perubahan bentuk darah daripada cecair kepada bentuk gel yang berlaku apabila salur darah tercedera.Menengah Rendah
jirimmatterUnsur fizikal yang mempunyai bentuk tertentu dan memenuhi ruang. Jirim wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jumlah jirim bagi sesuatu bahan boleh disukat dari segi jisimnya dalam unit kg. Lihat RajahSekolah Rendah
magnet bentuk UU-shaped magnetMagnet yang berbentuk u. Lihat RajahSekolah Rendah
12345678

Kembali ke atas