Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.tu/] | بنتوق

Definisi : 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.tu/] | بنتوق

Definisi : 1 lengkok atau kelok pd benda-benda yg melengkung: ~ busur; ~ taji. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg berkelok, spt cincin: Dia membelikan anaknya se~ cincin emas. 3 potongan atau rupa sesuatu benda: Kereta ini ~nya spt kotak. 4 susunan dan gaya karangan: Ia melahirkan isi hatinya dlm ~ puisi. berbentuk mempunyai rupa atau bentuk; berupa: Mereka suka tinggal di rumah pangsa yg ~ spt rumah burung merpati. membentuk 1 berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2 menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3 membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4 membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. terbentuk sudah dibentuk: Sebuah cawangan syarikat Syamelin telah ~ di kampung saya. pembentukan perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. pembentuk 1 (dlm berbagai-bagai erti) orang yg membentuk. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentuk

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya munee baka sedang belajar bahasa melayu di Universiti Fatoni Selatan Thailand ini bertanya dpb Apakah imbuhan awalan....? terima kasihImbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk seperti awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Imbuhan awalan merupakan kata dasar yang ditambah imbuhan di hadapannya. Contoh, ber- dalam perkataan berjalan.Tatabahasa22.09.2016
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bujur? Adakah terdapat perbezaan makna antara kedua-dua bentuk tersebut?Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan.Makna23.01.2019
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bundar? Adakah terdapat perbezaan antara kedua-dua makna bentuk tersebut?Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan.Makna23.01.2019
Apakah KGND pertama dan kedua yang digunakan oleh Putera Negeri A apabila bercakap dengan Puteri Negeri B, dan sebaliknya? Adakah mereka menggunakan 'beta' sesama mereka?Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.Tatabahasa30.11.2014
asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata?Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan.  Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319.Tatabahasa28.07.2018
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
Saya ingin tahu tentang bentuk kata yang berikut, sama ada bentuk tunggal, bentuk terbitan atau bentuk majmuk: 1. Perihal 2. Peribadi 3. Peribahasa Terima kasihPerihal, Peribadi dan Peribahasa ialah kata tunggal.Tatabahasa12.02.2019
Selain daripada "sinambung". apakah kata-kata akar lain yang menggunakan sisipan "in". Mengapa sisipan "in" perlu digunakan?Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu; sambung=sinambung. Bentuk-bentuk sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya. Sisipan berlaku untuk mengubah jenis kata , contohnya bentuk kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan.
Contoh; 1. sisipan -el = geletar = menggeletar
2. sisipan -em- gemuruh = bergemuruh
Tatabahasa14.08.2013
Dengan ini diperakui bahawa Ariff Aiman Firdaus Bin Ariff Nizam telah terpilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Perkataan 'diperakui' atau 'diperakukan'....mana satu betul?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i, seperti diperakui, diperolehi dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa10.02.2015
apa maksud kata adjektif dan kata fasifAdjektif ialah kata sifat seperti bulat, merah dan luas. Kata pasif hadir dalam ayat pasif seperti dibuat dan dimakan. Untuk lebih memahami bentuk-bentuk dan fungsi kata, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik".
Makna02.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas