Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.khir]/[ber.a.khir] | براخير

Definisi : sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.khir]/[ber.a.khir] | براخير

Definisi : 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhir


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kuriding Bj, Tbsejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod).Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gorinding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas