Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.khir]/[ber.a.khir] | براخير

Definisi : sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.khir]/[ber.a.khir] | براخير

Definisi : 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhir


Majalah

Dewan Budaya » Galeri
kos operasi yang amat tinggi, dan pihak arkeologi telah membuat keputusan untuk memohon dana daripada Yayasan Rockfeller bagi membolehkan mereka menemukan lebih 40 spesimen fosil. Proses cari gali artifak tersebut berakhir pada Julai 1937 apabila Jepun membuat serangan terhadap Beijing. Sebagai langkah keselamatan, fosil Manusia Peking telah diletakkan di dalam peti besi di Makmal Cenozoic dan dihantar ke Amerika Syarikat sehingga
Dewan Budaya » 2013 » February
bulan ke-12 hingga hari ke-15 bulan pertama dalam kalendar tradisional Cina. Malahan, di sesetengah kawasan di China, perayaan ini disambut bermula pada hari kelapan bulan ke-12 dan berakhir pada penghujung bulan pertama tahun baharu.Namun begitu, puncak sambutan adalah pada hari terakhir bulan ke-12 dan hari pertama tahun baharu dengan makan besar atau jamuan pertemuan semula sebagai
Dewan Budaya » Manusia Peking Tapak Warisan Zhoukoudian
kos operasi yang amat tinggi, dan pihak arkeologi telah membuat keputusan untuk memohon dana daripada Yayasan Rockfeller bagi membolehkan mereka menemukan lebih 40 spesimen fosil. Proses cari gali artifak tersebut berakhir pada Julai 1937 apabila Jepun membuat serangan terhadap Beijing. Sebagai langkah keselamatan, fosil Manusia Peking telah diletakkan di dalam peti besi di Makmal Cenozoic dan dihantar ke Amerika Syarikat sehingga
Dewan Budaya » 2015 » September
tarian topeng. Frasa gerak bermula dengan agem , iaitu lagak gaya ( pose ) asimetrikal badan apabila berat badan diletakkan di atas kaki kanan, kemudian dilakukan gerak getaran dan gulingan dikuti staccato dan berakhir dengan agem, yang berlangsung selama beberapa saat tanpa sebarang pergerakan – segala-galanya terhenti seperti terbeku. Postur penari lelaki lebih kepada berjengkek dengan bahu dinaikkan dan tangan berparas bahu dan patah tetap di bahagian atas. Lengan dan bahagian tangan atas hampir selari dengan paras bahu. Kedua-dua tangan dan lengan dalam keadaan bengkok. Tarian topeng menggambarkan gerak abstrak yang bermula dan berakhir dengan gaya agem . Pergerakan tari topeng dibahagikan kepada halus (alus) dan keras/ kasar. Gerak dan posisi jari tidak membawa sebarang makna atau cerita, hanya menggambarkan emosi serta membezakan watak tertentu
Dewan Masyarakat | Tragedi Westgate: Konflik Berdarah di Afrika
67 orang terbunuh serta ratusan daripada mereka cedera parah dalam konflik yang berlangsung selama 60 jam itu apabila 61 daripada mangsa orang awam dan selebihnya anggota pengganas. Sebaik-baik sahaja berakhir tragedi yang menggemparkan dunia itu, Presiden Kenya, Uhurru Kenyatta, mengumumkan pengepungan terhadap pusat membeli belah Mall Westgate berakhir sebelum mengisytiharkan negara itu berkabung selama tiga hari. Dalam ucapan yang disiarkan oleh rangkaian televisyen Kenya ke seluruh negara, beliau dengan penuh terharu mengucapkan tahniah kepada semua anggota keselamatan yang
Dewan Masyarakat | Libya Selepas Gaddafi
dan tidak kurang penting ialah usaha pembebasan rakyat terjajah di seluruh dunia yang bermula di barat Ireland Utara hinggalah rakyat Moro di sebelah timur. Namun, pada 20 Oktober lalu semuanya berakhir. Gaddafi yang digeruni di pentas dunia akhirnya menemui ajal di tangan rakyatnya sendiri. Selama 42 tahun memimpin Libya, Gaddafi terlalu banyak mengubah landskap politik dan pemikiran rakyat Libya. Beliau mengemukakan
Dewan Masyarakat | UMNO Bangkit Menebus Kekalahan
tarikh pilihan raya berbanding dengan pembangkang yang terpaksa mengikut sahaja tarikh yang ditetapkan. Kini sudah jelas pilihan raya hanya akan diadakan pada tahun hadapan dan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir pada 1 Disember lalu menjadi pertemuan penting pada semua peringkat dalam UMNO dan perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya. Tentunya peluang ini paling penting kepada UMNO untuk menyampaikan amanat dan semangat
Dewan Masyarakat | Serantau
Termuda Blok Komunis Serantau Beberapa roket dilancarkan ke pantai timur Korea Utara untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat (AS), bahawa Korea Utara masih mampu mempertahankan negara meskipun pemerintahan Jong-il sudah berakhir. Share Lee Hsien Loong Gaji Termahal di Dunia Serantau Golongan berpendapatan sederhana di Singapura dalam tempoh sedekad lalu hanya menikmati kenaikan gaji sekitar 21 peratus berbanding dengan kenaikan KDNK negara
Dewan Masyarakat | Antarabangsa
Termuda Blok Komunis Serantau Beberapa roket dilancarkan ke pantai timur Korea Utara untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat (AS), bahawa Korea Utara masih mampu mempertahankan negara meskipun pemerintahan Jong-il sudah berakhir. Share « Rencana Terdahulu Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP • • • • • • • Selamatkan Nyawa Kanak-kanak • Tragedi Westgate: Konflik Berdarah di Afrika • “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu • Wira
Dewan Masyarakat | 2011 | April
di puncak Gunung Kinabalu yang disayangi dan dihormati rakyat Sabah dan Malaysia amnya. aki bermaksud nenek moyang dan nabalu bermaksud gunung. Mereka percaya bahawa ... "Baca selanjutnya." BUANG BAYI : BILAKAH AKAN BERAKHIR? Sosial Sudah sampai masanya pihak yang terlibat menyemak dan meminda semula peruntukan yang ada bagi membolehkan hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas pelaku yang melakukan perbuatan membuang bayi. Share
Dewan Budaya » 2018 » July
kos operasi yang amat tinggi, dan pihak arkeologi telah membuat keputusan untuk memohon dana daripada Yayasan Rockfeller bagi membolehkan mereka menemukan lebih 40 spesimen fosil. Proses cari gali artifak tersebut berakhir pada Julai 1937 apabila Jepun membuat serangan terhadap Beijing. Sebagai langkah keselamatan, fosil Manusia Peking telah diletakkan di dalam peti besi di Makmal Cenozoic dan dihantar ke Amerika Syarikat sehingga

Kembali ke atas