Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transition elementunsur peralihanKimiaTiadaSekumpulan unsur logam yang mempunyai struktur elektron dalaman yang separa lengkap. Terdapat tiga siri unsur peralihan, iaitu siri yang pertama bermula dengan skandium dan berakhir dengan zink, siri yang kedua bermula dengan itrium dan berakhir dengan kadmium, dan siri yang ketiga bermula dengan lantanum dan berakhir dengan merkuri. Unsur peralihan mempunyai banyak nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan kebanyakannya membentuk kompleks. Sin. logam peralihan
terminating decimalperpuluhan berakhirMatematikTiadaNombor perpuluhan yang bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan adalah terhingga. Contoh: 0.123 dan 231.7023.
wind arrowpanah anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganGaris lurus pendek yang berakhir di bulatan stesen pada carta sinoptik dan mewakili arah tiupan angin.
dichasialdikasialBotaniTiadaJambak bunga jenis sima yang paksi utamanya berakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan dua bunga baharu di sisi kiri dan kanannya. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk jambak bunga yang sempurna. Contohnya, jambak bunga siantan. Sinonim biparus.
colonkolonVeterinarPraklinikalBahagian pada usus besar. Kolon bermula daripada sekum dan berakhir di rektum. Kolon terbahagi kepada kolon menaik; kolon melintang dan kolon menurun.
reticulumretikulumVeterinarPraklinikalPerut kedua ruminan yang bermula dari hujung rumen dan berakhir di omasum. Permukaan dalamnya berbentuk sarang lebah dan banyak menyimpan air untuk digunakan dalam pencernaan.
hindbrainotak belakangPsikologiPsikologi UmumBahagian otak yang terletak selepas korda spina dan berakhir hingga ke sempadan otak tengah. Bahagian ini mempunyai implikasi yang besar terhadap psikologi manusia. Beberapa aktiviti penting untuk kehidupan dikawal oleh bahagian ini seperti kawalan kadar jantung, pernafasan, penelanan dan seumpamanya, iaitu yang dikawal oleh bahagian medula. Sekiranya kawasan ini terkena hentakan yang kuat, individu berkenaan boleh meninggal dunia. Serebelum, iaitu bahagian ketiga daripada otak belakang pula mengawal gerakan seperti mengatur dan mengawal postur, tona otot dan kordinasinya. Bahagian ini juga dikaitkan dengan ingatan tentang kordinasi dan tabiat.
myoneural junctionsimpang mioneuronBiologiHistologi dan SitologiSimpang antara otot dengan saraf, iaitu sistem saraf yang berakhir di dalam otot.
upper motor neuronneuron motor atasVeterinarPraklinikalSaraf motor soma yang berpunca daripada korteks serebrum dan berakhir di saraf motor periferi. Arah laluan ini mengalirkan impuls dari korteks motor ke nukleus motor saraf korteks serebrum atau jirim kelabu korda spina ventral. Neuron motor atas mengawal aktiviti otot soma atau voluntari. Neuron motor atas juga mempengaruhi neuron motor bawah sama ada melalui interneuron atau melalui sentuhan sinaps langsung.
actinide seriessiri aktinidKimiaTiadaNama siri unsur radioaktif, yang bermula dengan aktinium (nombor atom 89) dan berakhir dengan lawrensium (nombor atom 103). Empat unsur pertama dalam kumpulan ini wujud secara semula jadi manakala yang selebihnya, yang disebut unsur transuranium, dihasilkan melalui tindak balas nuklear.
12345

Kembali ke atas