Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berat sebelah

Peribahasa

Timbangan berat sebelah.

Bermaksud :

Tidak adil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bak ajung berat sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Timbangan berat sebelah.Tidak adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memijakkan betung sebelah.Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai membelah betung.Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat.Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai limau masam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menimbang (= mengati) sama berat, mengukur sama panjang.Hukuman yang tiada berat sebelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai perahu karam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas