Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bradu[bÄA.du]kata kerjaberhenti daripada melakukan sesuatu (tentang pekerjaan dan lain-lain), berehat.Kalu tok cekak gak, bradulah dulu.[kA.lu t/ tSE.kA/ gA/ bÄA.du.lAh du.lu]Kalau rasa tak larat, berhentilah dahulu.
serek[s«.ÄE/]kata adjektifberkenaan hujan yang mulai berhenti, reda.Lepah serek uje, baru ambo balek.[l«.pAh s«.ÄE/ u.dZE bA.Äu Am.b bA.le/]Selepas reda hujan, barulah saya balik.
mulah[m:u.lAh]kata kerjamenyepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain (di bahagian paha dan lengan), cubit; pehe.Bo jerik, mok bui mulah ke.[b: dZ:«.Äi/ m/ bu.wi m:u.lAh kE]Berhenti menangis, mak cubit nanti.

Kembali ke atas