Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tak selet[tA/ s«.lEt] tidak berhenti-henti, tidak berselang, terus-menerus.Hang dok buat kreja ni tak selet, hang tak penat ka.[hAN do/ bu.wAt kÒ«.dZA ni tA/ s«.lEt hAN tA/ p«.nAt kA]Tidak penatkah engkau membuat kerja ini terus-menerus tanpa berhenti.
   2. berhenti, menangguhkan (bayaran, ansuran, pekerjaan).Utang dia lambat abeh pasai dia dok selop bayaq.[u.tAN di.jA lAm.bAt A.beh pA.sAj di.jA do/ s«.lp bA.jA)Ö]Hutangnya lambat dapat diselesaikan kerana dia sering menangguhkan pembayarannya.
   2. berhenti, menangguhkan (bayaran, ansuran, pekerjaan).Utang dia lambat abeh pasai dia dok selap bayaq.[u.tAN di.jA lAm.bAt A.beh pA.sAj di.jA do/ s«.lAp bA.jA)Ö]Hutangnya lambat dapat diselesaikan kerana dia sering menangguhkan pembayarannya.
sereyat[s«.Ò«.jAt]kata kerjareda, berhenti (hujan).Ujan sereyat dah, mai kita buat kreja semula.[u.dZAn s«.Ò«.jAt dAh mAj ki.tA bu.wAt kÒe.dZA s«.mu.lA]Hujan sudah reda, mari kita meneruskan kerja.
latu[lA.tu]kata kerja1. menyuruh (memerintah, memaksa) memperkuda seseorang bekerja atau membuat sesuatu tanpa berhenti atau berehat.Tak patot dia latu orang gaji dia lagu tu, siang malam suroh kreja.[tA/ pA.tot di.jA lA.tu .ÒAN gA.dZi di.jA lA.gu tu si.jAN mA.lAm su.Òoh kÒ«.dZA]Tidak sepatutnya dia memperkudakan pembantu rumahnya supaya bekerja siang dan malam seperti itu.
wok[w/]kata namanama tahun kesembilan dalam pusingan 12 tahun kiraan piama, 1980, 1992, 2004, tahun kera.Dalam taon wok ujan memanjang masa ujong taon, tapi tak lebat, tiruih macam ekoq kera.[dA.lAm tAon w/ u.dZAn m«.mAn.dZAN mA.sA u.dZoN tAon tA.pi tA/ l«.bAt ti.Òuih mA.tSAm E.k)Ö k«.ÒA]Pada tahun kera, hujan memanjang tidak berhenti-henti pada hujung tahun, tetapi tidaklah lebat, cuma tirus seperti ekor kera. sahaja.

Kembali ke atas