Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ambek ngap[Am.be/ NAp] berhenti sebentar atau berehat daripada bekerja.Sejak datang mando baru, nak ambek ngap pon tak sempat.[s«.dZA/ dA.tAN mAn.do bA.Äu nA/ Am.be/ NAp pon tA/ s«m.pAt]Sejak datang mandur baru, semua orang tidak ada masa untuk berehat.
luti[lu.ti]kata adjektifteruk (terlalu letih).Seminggu bekeje tak henti-henti, luti badan.[s«.miN.gu b«.k«.dZ« tA/ h«n.ti.h«n.ti lu.ti bA.dAn]Seminggu bekerja tidak berhenti-henti, badan terasa teruk.
lenjan[l«n.dZAn]kata adjektiflusuh akibat dipakai secara berlebihan.Kalau kau tak berenti naek basikal ni, seminggu lagi lenjanle die.[kA.lAw kAw tA/ b«.Ä«n.ti nAe/ bA.si.kAl ni s«.miN.gu Kalau engkau tidak berhenti menaiki basikal ini seminggu lagi habislah lusuh.
belondong[b«.lon.doN]kata adjektiflecah dan digenangi air; londang.Depan rumahnye belondong, lepas ujan turon tak renti-renti.[d«.pAn Äu.mAh.ø« b«.lon.doN l«.pAs u.dZAn tu.Äon tA/ ]Depan rumahnya lecah setelah hujan turun tidak berhenti-henti.
bentos[b«n.tos]kata adjektifkenyang kerana terlebih makan dan minum; begah, kebentak.Sampai dah bentos baru teringat nak berenti.[sAm.pAj dAh b«n.tos bA.Äu t«.Äi.NAt nA/ b«.Ä«n.ti]Sampai dah kenyang makan dan minum baharu teringat hendak berhenti.
melentong[m«.l«n.toN]kata kerjamemukul kompang, rebana dan lain-lain secara terlajak.Semua pandang muke die, orang dah berenti die maseh melentong.[s«.mu« pAn.dAN mu.k« di.j« o.ÄAN dAh b«.Ä«n.ti di.j« ]Semua orang memandang kepadanya, orang lain sudah berhenti, dia masih memukul kompang.
begah[b«.gAh]kata adjektifkenyang kerana terlebih makan dan minum; bentos, kebentak.Macam mane tak begah perot, tige pinggan belom berenti.[mA.tSAm mA.n« tA/ b«.gAh p«.Äot ti.g« piN.gAn b«.lom ]Macam mana perut tidak terlalu kenyang, sudah makan tiga pinggan pun masih belum berhenti.

Kembali ke atas