Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
breakmake a ~ for it, mencuba /melepaskan, melarikan/ diri; take a ~, (berhenti) berehat, berhenti sekejap: we have been working for two hours and I think it’s time to take a ~, kita sudah bekerja dua jam dan saya fikir sudah tiba masanya kita berhenti sekejap; with a ~ in o’s voice, dgn suara yg /terputus-putus, tertahan-tahan/: he spoke emotionally, with a ~ in his voice, dia bercakap dgn penuh emosi dgn suara yg tertahan-tahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ceasevi berhenti; (with negative) berhenti-henti: the rain ~d early in the afternoon, hujan berhenti pd awal petang; the sound of hammering did not ~, bunyi ketukan itu tdk berhenti-henti; must ~, mesti dihentikan: the fighting must ~, pertempuran ini mesti dihentikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
give~ over, (sl) a. stop doing, berhenti + approp v: ~ over. You’re annoying me, berhenti merengek. Kamu menjengkelkan saya; b. stop, berhenti: ~ over pulling your sister’s hair!, berhenti menarik rambut adik!; ~ over st, hentikan sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halt 1 vi berhenti: the column of troops ~ed at the bridge, barisan pasukan tentera itu berhenti di jambatan; “H~! Who goes there?”,Berhenti! Siapa itu?”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop vt 1. cease, quit (doing st) berhenti: he ~ped talking when his mother came in, dia berhenti bercakap apabila ibunya masuk; it hasn’t ~ped raining yet, hujan belum berhenti lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quit1vt 1. (esp US) give up, berhenti: he has ~ his job, dia telah berhenti kerja; she wants to ~ smoking, dia hendak berhenti merokok; 2. (esp US) stop, jangan: ~ shoving me, jangan tolak sKamus Inggeris-Melayu Dewan
desist~ from, berhenti: to ~ from complaining, berhenti bersungut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halt 1 n 1. temporary stop, berhenti: after a brief ~ the march continued, selepas berhenti sebentar perarakan itu bergerak semula; bring to a ~, cause to discontinue, menyebabkan terhenti; (deliberately) menghentikan: the recession brought production to a ~, kemelesetan telah menyebabkan pengeluaran terhenti; he brought the car to a ~ on a lonely stretch of road, dia menghentikan keretanya di jalan yg lengang; call a ~ to, menghentikan: police called a ~ to the search when darkness fell, polis menghentikan gerakan mencari apabila malam tiba; it’s time we called a ~ to this feuding, sudah masanya kita menghentikan segala persengketaan ini; come to a ~, berhenti: the van came to a sudden ~, van itu berhenti dgn tiba-tiba; 2. stopping-place for train, perhentian kereta api;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stopping adj berhenti-henti: ~ train, kereta api berhenti-henti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lay 1 ~ off, (colloq), /berhenti, tdk/ mengganggu; (imper) sudahlah, rentikanlah: I wish you’d ~ off, and let me get on with my work, saya harap kamu berhenti mengganggu dan biarkan saya meneruskan kerja saya; ~ off! You’re driving me mad, sudahlah! Kau buat aku naik gila; ~ off st, berhenti + approp v: the doctor told me to ~ off smoking, doktor menyuruh saya berhenti merokok; ~ so. off, memberhentikan sso: because of the drop in orders, he had to ~ off 20 workers, oleh sebab pesanan merosot, dia terpaksa memberhentikan 20 orang pekerjanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas