Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menandai perkara yang berikut: (a) Semua entri. (b) Istilah sinonim pada akhir takrifan entri tertentu: bom mel (Ig. mail bomb; Br. bom mel; Id. bom surat ) Kod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat . (c bom masa bom mel buka-baca-tulis-tutup diingini oleh pengguna dan pemilik sistem. Contohnya, virus Michaelangello yang dilancarkan pada hari jadi pelukis terkenal tersebut. bom mel (Ig. mail bomb; Br. bom mel; Id. bom surat ) Kod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan

Kembali ke atas