Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stopping timemasa berhenti/waktu berhentiEkonomiTiadaTiada
delay stop buttonbutang pelengah hentiPentadbiran PerniagaanTiadaSuis berbentuk butang untuk menghentikan suis konveyor rantai untuk berhenti secara perlahan sebelum berhenti sepenuhnya.
all-stop junctionkawalan henti empat simpangKejuruteraan AutomotifTiadaKawalan simpang berhenti yang tidak menggunakan lampu isyarat, dan memberi keutamaan kepada kenderaan yang sampai dahulu di garisan berhenti. Kawalan ini hanya digunakan di Amerika Syarikat.
four-way stop intersectionkawalan henti empat simpangKejuruteraan AutomotifTiadaKawalan simpang berhenti yang tidak menggunakan lampu isyarat, dan memberi keutamaan kepada kenderaan yang sampai dahulu di garisan berhenti. Kawalan ini hanya digunakan di Amerika Syarikat.
four-way stop controlkawalan henti empat simpangKejuruteraan AutomotifTiadaKawalan simpang berhenti yang tidak menggunakan lampu isyarat, dan memberi keutamaan kepada kenderaan yang sampai dahulu di garisan berhenti. Kawalan ini hanya digunakan di Amerika Syarikat.
traffic signalisyarat lalu lintasKejuruteraanTiadaSatu bentuk kawalan lalu lintas di persimpangan yang menggunakan lampu tiga jenis warna iaitu warna hijau untuk kenderaan diberikan laluan, warna kuning untuk sedia berhenti dan warna merah untuk berhenti.
holding bayruang menahanAeroangkasaTiadaKawasan sebelum memasuki landasan terbang yang pesawat udara perlu berhenti dan menunggu giliran berlepas.,Satu jidar yang selari dengan perentas min iaitu pusat graviti pesawat udara berada di hadapan titik olah gerak untuk keadaan kayu tetap dan kayu bebas.,Kawasan sebelum memasuki landasan terbang yang pesawat udara perlu berhenti dan menunggu giliran berlepas.
standstillberhenti (denyutan jantung)PerubatanTiadaTiada
الفطامberhenti menyusuAgama IslamFiqhTamat tempoh penyusuan yang ditentukan oleh syarak kepada seseorang bayi.
standing reactionberhenti mengawanVeterinarTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas