Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Puisi
 

Berapa tinggi Bukit Malingan,
     Sama bertimbang Bukit Berjaya;
Kalau sudah musimnya hujan,
     Tidak keras bukit di paya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
possessionpemilikanSukanRagbiPerihal pemain yang berjaya memiliki bola, atau pasukan yang berjaya mengawal bola dalam sesuatu situasi.
bouncebacksertaan tawaranKomunikasiKorporatTawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya.
binomial distributiontaburan binomialMatematikTiadaTaburan kebarangkalian yang memodelkan keadaan menjalankan n kali percubaan dengan setiap percubaan mempunyai kebarangkalian berjaya p. Kebarangkalian bagi k antara n percubaan itu berjaya ialah nCkpk (1-p)n-k.
self-fulfilling propheciestelahan pemenuhan kendiriPsikologiPsikologi UmumAgakan yang membuatkan individu bertindak dengan cara yang membolehkan harapan menjadi kenyataan. Contohnya, sekiranya individu mengagak dirinya boleh berjaya, maka individu tersebut akan bekerja keras supaya kejayaan itu tercapai. Sebaliknya, sekiranya dia mengagak dirinya tidak boleh berjaya, maka individu tersebut tidak akan banyak berusaha sehingga kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Harapan biasanya muncul daripada tahap kepercayaan terhadap kemampuan diri yang diperoleh daripada usaha meningkatkan kecekapan, merentasi halangan dan belajar daripada kesilapan.
commissionkomisenMatematikTiadaUpah yang diberi kepada ejen jualan apabila berjaya menguruskan urus niaga.
fin efficiencykecekapan siripKejuruteraanKejuruteraan KimiaPecahan atau peratusan haba yang berjaya disejukkan dengan adanya permukaan tambahan sirip bagi penukaran haba dan dianggarkan sebagai dengan T = suhu bendalir yang akan disejukkan, n� = kecakapan sirip, T� = suhu permukaan di hujung sirip, Tw = suhu permukaan tiub atau di pangkal sirip.
Bernoulli equationpersamaan BernoulliKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan gerakan yang termudah dan berjaya dikamirkan pada keadaan kelikatan dan ketumpatan yang malar tanpa tegasan ricih (persamaan Euler). Persamaan ini dijelaskan sebagai (rujuk m/s 295) dengan u = halaju, g = pecutan graviti, z = ketinggian, P = tekanan, r = ketumpatan.
Stokes� first problemmasalah Stokes pertamaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKes pertama persamaan gerakan yang berjaya diselesaikan secara kaedah analisis. Masalah ini ialah pengaliran bendalir yang disebabkan oleh pergerakan plat berkepanjangan separa tak terhingga pada halaju uw dalam arah paksi y secara mendadak. Persamaan gerakan yang menjelaskan proses ini ialah dengan keadaan sempadan u = 0 jika t � 0, y � 0 u = uw pada y = 0, t > 0 u = 0 jika y � �. Penyelesaian beranalisis yang diperoleh ialah u/uw = erfc [y/2 (v t)1/2], dengan u = halaju bendalir dalam paksi y, uw = halaju plat, t = masa, y = jarak, v = kelikatan kinematik, erfc = fungsi ralat pelengkap.
grinding rate functionfungsi kadar pencanaianKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi yang menjelaskan pecahan pepejal yang tidak boleh jerlus daripada saiz tapis tertentu yang berjaya dihancurkan pada masa yang ditetapkan.
letter of awardsurat tawaranUmumTiadaSurat yang disediakan oleh pihak tertentu kepada seseorang atau organisasi sebagai tanda pengesahan atau tawaran bertulis bahawa tender itu telah berjaya diperoleh dan akan diberikan kontrak.
12345

Kembali ke atas