Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAOISME

Taoisme ialah satu falsafah yang bermula di

China, kemungkinan pada tahun 300-an S.M. Ia

juga adalah nama satu agama yang bermula kira-kira

pada tahun 100-an S.M. Sepanjang beberapa

abad seterusnya, falsafah ini telah mempengaruhi

ramai para pelukis dan penulis di Timur dan Barat.

UMUM 
KESULTANAN JOHORKESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
PERANG VIETNAM

Perang Vietnam ialah konflik besar yang

berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula

daripada perang saudara untuk menentukan

kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik

antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika

Syarikat dalam peperangan yang paling lama

pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula

pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975.

Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara,

telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan

komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah

oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan

pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh

pihak komunis bertempur bersama-sama untuk

menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika

Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang

mereka tetapi gagal.

UMUM 
TAHIRIYYAH, KERAJAAN

Tahiriyyah, Kerajaan (205–209 H./820–872 M.)

bermula di Khurasan. Kerajaan ini diasaskan oleh

Tahir ibn Husayn, salah seorang panglima Khalifah

Ma’mun yang dipercayai. Khalifah Ma’mun

menyerahkan Khurasan kepada Tahir pada tahun

205 H./820 M. Kemudian Khalifah Ma’mun

menyerahkan kuasa pentadbiran kepadanya di

daerah sebelah timur keseluruhannya bermula dari

Baghdad. Tahir menjadikan Naisabur sebagai pusat

pemerintahannya di Khurasan.

UMUM 
APARTEID

Aparteid bermula dari tahun 1948 hingga tahun

1991 adalah dasar kerajaan Afrika yang berdasarkan

kepada pengasingan kaum. Perkataan aparteid

bermakna pengasingan dalam bahasa Afrika, satu

daripada bahasa rasmi Afrika Selatan.

UMUM 
MENGGOLEK BALAK

Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an

di kem balak di Kanada dan di utara Amerika

Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir

“menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu

dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka

mengadakan pertandingan untuk mendapatkan

pada setiap bahagian hujung kayu balak yang

terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan

begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau

mengundurkan pergerakannya dengan cepat

sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air.

UMUM 
SUNGAI BRISBANE

Sungai Brisbane bermula di bukit dan banjaran

kira-kira 100 kilometer di barat laut bandar Brisbane,

Australia. Cawangannya yang utama ialah Sungai

Stanley, Lockyer Creek, Warrill Creek, dan Sungai

Bremer. Sungai Brisbane mengalir ke selatan

melalui lembah rekahan Esk ke Teluk Moreton.

Panjang sungai ini ialah kira-kira 320 kilometer.

UMUM 
SAUDI PERTAMA, KERAJAAN

Saudi Pertama, Kerajaan bermula pada tahun

1157 H. bersamaan 1744 M. dan berakhir pada tahun

1233 H. bersamaan 1818 M. hasil daripada

termeterainya perjanjian damai dengan Ibrahim

Basya. Keluarga Sa‘ud dinasabkan kepada datuk

mereka, iaitu Sa‘ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn

Murkhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi‘ah ibn

Mani ibn Rabi‘ah al-Muridiy, iaitu Nasab yang

diyakini benar. Nasab mereka terhenti kepada Bakar

ibn Wa’il dari Kabilah Adnan yang tulen.

UMUM 
PERANG PERANCIS-PRUSSIA

Perang Perancis-Prussia bermula pada tahun

1870 akibat suatu perbalahan antara Perancis

dengan Prussia, sebuah negeri di Jerman. Kesemua

negeri Jerman yang lain menyertai Prussia, dan

konflik tersebut menjadi perbalahan antara

Perancis dengan Jerman.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas