Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.la] | برمولا

Definisi : 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archaic stagetahap purbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTahap perkembangan awal ketamadunan . Tahap ketamadunan dinasti awal Mesir mula berkembang pada 3200 SM - 2800 SM. Pada tahap ini budaya mula berkembang tetapi pemerintahan pradinasti masih belum bersatu. Di Greek, tahap ketamadunan nya bermula bermula sekitar 750 SM � 480 SM manakala di Amerika Syarikat tahap purba merujuk kepada tahap perkembangan budaya.
latent periodkala pendamBiologiPatologi1. Tempoh yang bermula daripada proses pengjangkitan sehingga ke peringkat penghasilan propagul patogen yang baru. Walau bagaimanapun, terdapat berbezaan pendapat terutama sekali tentang tempoh bermula, dan berakhirnya kala tersebut. lih. kala pengeraman. 2. Tempoh yang bermul daripada proses pengjangkitan faj sehingga ke peringkat lisisnya sel bakteria. 3. Tempoh yang bermula daripada pemerolehan virus sehingga ke peringkat vektor tersebut menjadi infektif.
cardiac cyclekitar kardiumBiologiFisiologiKala antara bermula satu denyutan jantung hingga bermula pula satu denyutan jantung lagi.
laborpelahiranPerubatanTiadaProses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara regular sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua bermula daripada akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula daripada keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran.
modified non-self starting Euler methodkaedah Euler terubahsuai tak bermula sendiriKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah Euler terubahsuai yang bermula dengan sendirinya dengan menggunakan keadaan sempadan. Untuk kejituan yang lebih tinggi, alogritma berikut digunakan: P(yj+1) = yj-1 + 2h � (xj, yj), P(y�j+1) = �[xj+1, P(yj+1)], yj+1 = yj + (h/2) [� (xj, yj) + P(y�j+1) ].
alimentary tracttrakus alimentariVeterinarPraklinikalSaluran makanan yang bermula dari mulut hingga ke anus. Trakus ini bermula dari mulut; farinks atau tekak; esofagus; perut; usus kecil; usus besar dan berakhir di anus. Makanan yang melalui trakus alimentari dicerna untuk serapan ke dalam edaran. Hasil sampingan pencernaan dikumuh sebagai tinja melalui anus.
parasitic food chainrantai makanan parasitBiologiEkologiRantai makanan yang bermula daripada herbivor, dan pengaliran tenaganya bermula daripada organisma besar kepada organisma kecil. Oleh itu haiwan yang besar merupakan perumah dan haiwan kecil yang mendapat keperluan makanan daripada perumah merupakan parasit.
polling dayhari mengundiUndang-undangTiadaTempoh yang bermula pada permulaan hari pemungutan undi dalam sesuatu pilihan raya sepatutunya bermula dan berakhir pada masa pegawai pengurus mengisytiharkan keputusan pilihan raya.
airwaysalur udaraPerubatanTiadaSaluran pernafasan yang bermula dari bahagian mulut dan hidung hingga ke paru-paru. Proses pengaliran udara ke dalam paru-paru akan bermula dari lubang hidung atau mulut terus menuju ke bahagian farinks, larinks, peti suara, trakea, bronkus, bronkiol respiratori dan alveolus. Alveolus merupakan salur udara terakhir yang membentuk paru-paru.
transition elementunsur peralihanKimiaTiadaSekumpulan unsur logam yang mempunyai struktur elektron dalaman yang separa lengkap. Terdapat tiga siri unsur peralihan, iaitu siri yang pertama bermula dengan skandium dan berakhir dengan zink, siri yang kedua bermula dengan itrium dan berakhir dengan kadmium, dan siri yang ketiga bermula dengan lantanum dan berakhir dengan merkuri. Unsur peralihan mempunyai banyak nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan kebanyakannya membentuk kompleks. Sin. logam peralihan
12345678910...

Kembali ke atas