Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sih] | برسيه

Definisi : 1. tidak kotor: pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak mengandungi unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan: menyedut udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki jujur dan ikhlas, suci, murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt rasuah, penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan amanah; 5. ki bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~ drpd pengaruh budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn pendapatan, keuntungan, dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dsb): keuntungan ~; membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah;kebersihan 1. keadaan bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah; 2. perihal bersih (udara, air): ~ udara yg menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersih

Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » April
Mohama d dan Mohd. Fadzly Mohd. Fairuz M ereka tampil dengan imej yang baharu. Jika dahulu mereka dikenali dengan imej seksi, menggoda, dan penuh glamor, sekarang imej mereka penuh bersopan, bersih dan “sejuk” mata memandang. Akhil Abdul Hayy, Catriona Ross, Norzizi Zulkifli, Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah dan Azmil Mustafa, sekadar menyebut beberapa nama artis yang berubah secara
Dewan Masyarakat | Khabar Dari Seoul
akhir ini bertujuan menjaga hati peminat agar 600 halaman novel terakhir siri itu digarap dengan sempurna, atau sebahagian daripada strategi pembikinnya untuk mengaut keuntungan? Share Adakah sesi debat bersama Pengerusi BERSIH berjaya menyedarkan rakyat? Ikuti penjelasan Timbalan Pengerusi SPR. Share Menurut Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), jumlah harimau liar di seluruh dunia menurun sebanyak 97 peratus daripada 100 ribu ekor sejak
Dewan Masyarakat | 2011 | Mei
tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan memperjuangkan hak untuk menganut mana-mana agama di negara ini tanpa meneliti Perlembagaan Persekutuan secara tuntas. Share Adakah sesi debat bersama Pengerusi BERSIH berjaya menyedarkan rakyat? Ikuti penjelasan Timbalan Pengerusi SPR. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman selama lapan tahun sejak penubuhannya, UPNM semakin berani mengorak langkah mendepani
Dewan Budaya » 2017 » March
masyarakat Pahang, khususnya, dan rakyat negara ini, amnya, tentang warisan nenek moyang itu. Muhammad Muhamad Yunus dan Khairul Azhar Abdullah hanya insan biasa di Jerantut, yang masih mampu menghirup udara bersih, yang masih dapat makan hidupan sungai yang segar, yang tidak perlu menghadapi kerenah lalu lintas yang menyakitkan badan dan hati. Muhammad penulis ini kenali sejak 37 tahun yang lalu ketika
Dewan Budaya » 2017 » June
makan mampu untuk mengelakkan pelbagai penyakit, seperti keracunan makanan. Apabila tangun dibasuh dengan bersihnya, kuman yang ada pada tangan tidak dimakan bersama-sama ketika makan. Walaupun secara zahirnya tangan kelihatan bersih, sentuhan tangan pada tempat tertentu dapat menyebabkan berlakunya perpindahan mikrob. Selain kuman, ada juga bahan asing pada tangan. Bahan asing pun perlu dihilangkan dengan cara membasuh tangan. **** Artikel dipetik dari
Dewan Masyarakat | Keindahan Perancis
Paris atau bandar besar lain di Perancis, mungkin mereka tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Tidak mustahil ada pihak yang mengklasifikasikan bahawa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur lebih bersih daripada stesen Metro di Paris! ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012. Share Hantar Maklum Balas Nama (wajib) E-Mel (wajib) (tidak akan disiarkan) Laman Web Hantar 2877
Dewan Masyarakat | 2011 | Jun
Singapura 2011 Sengit Politik Refleksi daripada keputusan PRU 2011 menunjukkan bahawa rakyat Singapura tidak mahu lagi dibuai dengan pelbagai fakta dan angka seperti pencapaian ekonominya yang memberangsangkan atau ranking prestasi bersih rasuah yang tertinggi. Share Halal Bukan Setakat di Kedai Makan Surat Pembaca Bagi umat Islam, isu halal sepatutnya menjadi perkara yang sangat penting dalam kehidupan mereka. Setiap tindakan yang ingin
Dewan Budaya » Nota Editor
masyarakat Pahang, khususnya, dan rakyat negara ini, amnya, tentang warisan nenek moyang itu. Muhammad Muhamad Yunus dan Khairul Azhar Abdullah hanya insan biasa di Jerantut, yang masih mampu menghirup udara bersih, yang masih dapat makan hidupan sungai yang segar, yang tidak perlu menghadapi kerenah lalu lintas yang menyakitkan badan dan hati. Muhammad penulis ini kenali sejak 37 tahun yang lalu ketika

Kembali ke atas