Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sih] | برسيه

Definisi : 1. tidak kotor: pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak mengandungi unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan: menyedut udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki jujur dan ikhlas, suci, murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt rasuah, penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan amanah; 5. ki bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~ drpd pengaruh budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn pendapatan, keuntungan, dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dsb): keuntungan ~; membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah;kebersihan 1. keadaan bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah; 2. perihal bersih (udara, air): ~ udara yg menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersih

Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
net above ground productivityproduktiviti bersih atas tanahPerhutananPengurusan HutanKeupayaan pengeluaran bersih hasil kayu di atas tanah.
clear face cuttingpotongan muka bersihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat belahan muka bersih
net protein utilization (NPU)penggunaan protein bersihMakanan dan PemakananTeknologi MakananKeupayaan tubuh untuk menyimpan protein yang dimakan. Penggunaan protein bersih adalah hasil darab nilai biologi protein dengan ketercernaan protein.
net assimilation rate (NAR)kadar asimilasi bersihBotaniTiadaSalah satu komponen analisis pertumbuhan yang mengaitkan daya pengeluaran dengan saiz tumbuhan. Kadar asimilasi bersih diperoleh dengan membahagikan kadar pertambahan berat kering dengan luas daun.
water use efficiencykecekapan penggunaan air (KPA)BotaniTiadaNisbah asimilasi bersih yang dibandingkan dengan kehilangan air. Nisbah ini boleh dinyatakan dalam bentuk pertukaran karbon dioksida bersih, jumlah jisim kering atau hasil. Manakala kehilangan air boleh dinyatakan dalam bentuk kehilangan melalui transpirasi atau evapotranspirasi. Tanaman dari spesies biasanya mempunyai nilai KPA yang tinggi jika dibandingkan dengan spesies ,. Nilai KPA yang tinggi biasanya diperoleh daripada spesies CAM.
magnetmagnetFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBahan feromagnet atau bahan ferimagnet yang domainnya terjajar secukupnya supaya menghasilkan medan magnet bersih di luar bahan dan bahan tersebut boleh mengalami tork bersih apabila berada di dalam medan magnet luar.
cutting system gradingpenggredan sistem potonganPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPenggredan yang berdasarkan jumlah unit potongan muka bersih, yang biasa digunakan untuk mengred kayu gergaji yang akan dipotong menjadi ukuran yang lebih kecil sebelum digunakan. Gred ditentuakan secara peratusan daripada jumlah unit potongan muka bersih, yang boleh dimasukkkan ke dalam bilangan potongan daripada kepingan kayu gergaji.
cleanout toolalat bersih habisKejuruteraanPetroleumAlat yang digunakan untuk membersihkan lubang telaga dari benda atau bahan-bahan yang tidak dikehendaki, seperti pasir, mendakan parafin dan sebagainya. Antara contohnya termasuklah pengelap dan penimba.
clean formationformasi bersihKejuruteraanPetroleumBatuan resebor yang tidak mengandungi atau mengandungi hanya sedikit mineral lempung dalam matriknya. Formasi ini bermutu tinggi.
net productionpengeluaran bersihKejuruteraanPetroleumJumlah minyak yang dikeluarkan oleh telaga, tidak termasuk kandungan sedimen asas dan air yang dikeluarkan bersama-sama dengan minyak tersebut atau yang terdapat di dalamnya. Kadangkala disebut juga sebagai minyak faedah kerja.
1234567

Kembali ke atas