Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "berzina" tabu dalam konteks umum?

Perkataan berzina terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan dalam konteks yang bertepatan dengan maksudnya.

Lain-lain19.04.2011
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ?Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
Salah satu takrif yang diberikan untuk 'si' dalam Kamus Dewan adalah kata yang bergabung dengan imbuhan ber- dan -an untuk menyatakan saling berbuat sesuatu. Contoh yang diberi adalah bersipadangan dengan maksud berpandang - pandangan. Bolehkah kata seperti 'bersilagapedangan' untuk maksud saling berlaga pedang digunakan dan adakah ia bertepatan dengan nahu Melayu?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat. Contoh bagi bersipandangan boleh digunakan kerana menggabungkan ber+si+pandang+an dengan kata dasarnya ialah pandang yang membawa maksud berpandang-pandangan manakala bersilagapedangan menggabungkan perkataan laga dan pedang. Maka tidak bertepatan dengan nahu Melayu.Tatabahasa13.10.2018
"crowd-source content"? atau pun "crowdsourcing" dalam bahasa melayu. Terima Kasih.Padanan istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Kami mencadangkan sumber awam untuk padanan crowdsourcing. Mohon berikan konteks penggunaan crowdsourcing dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan.Istilah06.03.2019
apakah maksud crowd-source content dan crowdsourcing dalam bahasa melayu? terima kasihPadanan istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Kami mencadangkan sumber awam untuk padanan crowdsourcing. Mohon berikan konteks penggunaan crowdsourcing dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan.Istilah06.03.2019
Padanan Perkataan1. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM. 2. Dafatar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM secara maksimum. 3. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mendapat akses maksimum. pihak tuan boleh memilih salah satu yang difikirkan paling sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin disampaikan. sekiranya tidak sesuai, tuan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa27.08.2014
Roselina Abdul Aziz Feb 7th, 10:58pm Assalamualaikum w.b.t... Saya terima maklumat ini berkaitan terma Tengahari, iaitu dr pukul 12.00-1.59 pm. dr whassap. Persoalan saya, maklumat ini sahih atau tidak? Saya sebagai guru Bahasa Inggeris keliru kerana sistem masa ini tidak bertepatan dengan istilah Noon yg merujuk tepat2 pukul 12. Saya mohon penjelasan kerana saya perlu perjelaskan pada pelajar2 saya sistem masa yang digunapakai, terkini di Malaysia. Makluman dan tindakan untuk semua Sistem pemenggalan waktu - Kategori Waktu (Sumber DBP) Sila gunakan..... Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Diharap semua warga Sek yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini. 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI Munsyi DBPWaalaikumusalam.. Puan, maklumat yang disampaikan itu benar.Ejaan07.02.2015
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu?Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan.Makna25.07.2006
selamat sejahtera. terima kasih atas respon. mohon pencerahan lanjut, adakah sesuai jika saya terjemahkan "emerging adulthood" kepada "kedewasaan peralihan". manakala "emerging adult" kepada "dewasa peralihan"? terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "emerging adulthood' dan "emerging adult" dalam pangkalan data kami. Sekiranya istilah yang dicadangkan bertepatan dengan konsep yang ingin disampaikan,  tuan boleh menggunakan istilah tersebut.Istilah13.10.2015
saya ingin mendapatkan peribahasa melayu atau yang berkenaan dengan maksud berikut: contoh: - syarikat mendapat anugerah Geneva. jadi, sebelum dan selepas ini, tiada siapa lagi yang akan menggondol pingat yang sama sampai bila-bila pun.Kalau tak silap saya peribahasa yang berbunyi sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi agak bertepatan dengan soalan sdri. Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan yang disebutkan itu, belum diketahui lagi. Terima kasih.Lain-lain21.11.2006
123

Kembali ke atas