Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besarnya

Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah padanan dalam BM utk ayat berikut sesuai? What patience! What suffering! What limitation! What restriction! Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah kerasnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu!Padanan terjemahan yang sesuai ialah Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah sempitnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu! Penyemakan dan penterjemahan10.09.2019
Ejaan bahasa Malaysia ditulis dengan huruf kecil b pada perkataan bahasa dalam kontes umum yang merujuk bahasa, huruf besarnya hanyalah Malaysia yang merupakan nama khas. Contoh lain: bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Cina yang ditulis dengan huruf kecil pada perkataan bahasa. Walau bagaimanapun, bagi mata pelajaran di sekolah, Bahasa Malaysia ditulis dengan huruf besar. Jawapan di atas diberikan oleh pihak DBP tetapi persoalannya kenapakah perkataan hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh dan bukannya hospital Ipoh walaupun konteksnya juga sama sperti di atas

Ejaan untuk hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh (bukan hospital Ipoh) kerana huruf besar digunakan sebagai huruf pertama bagi nama institusi. Contoh lain Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dll.

Ejaan Hospital Ipoh tidak sama konteksnya dengan ejaan perkataan bahasa Melayu sebagai nama bahasa.  Dalam konteks ini, bahasa menjadi kata umum, manakala kata Melayu ialah kata nama khas.

Tatabahasa20.12.2010
Ejaan bahasa Malaysia ditulis dengan huruf kecil b pada perkataan bahasa dalam kontes umum yang merujuk bahasa, huruf besarnya hanyalah Malaysia yang merupakan nama khas. Contoh lain: bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Cina yang ditulis dengan huruf kecil pada perkataan bahasa. Walau bagaimanapun, bagi mata pelajaran di sekolah, Bahasa Malaysia ditulis dengan huruf besar. Jawapan di atas diberikan oleh pihak DBP tetapi persoalannya kenapakah perkataan encik Ali dieja sebagai Encik Ali dan bukannya encik Ali walaupun konteksnya juga sama sperti di atas.

Ejaan untuk encik Ali dieja sebagai Encik Ali (bukan encik Ali) kerana huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur sapaan (encik, puan, tuan) yang diikuti dengan nama orang.  Contoh lain Encik Ahmad, Puan Halimah, Tuan John dll.

Ejaan Encik Ali tidak sama konteksnya dengan ejaan perkataan bahasa Melayu sebagai nama bahasa.  Dalam konteks ini, bahasa menjadi kata umum, manakala kata melayu ialah kata nama khas.

Tatabahasa01.12.2010
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betulTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru.
Tatabahasa15.04.2013
Selain itu, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata seru "Amboi" dan "Wah". Apakah jawapan yang betul untuk soalan di bawah dengan dua pilihan kata seru tadi? 1.___________, cantik sungguh awak hari ini! 2.___________, buruknya kereta Cikgu Chong! 3.___________, besarnya rumah kamu! 4.___________, kasihan betul adik yang demam! Apakah perbezaannya antara kedua-dua kata seru ini dari segi penggunaannya?Salam sejahtera,

Tuan,

"Wah" dan " Amboi" merupakan kata seruan yang digunakan dalam ayat seruan. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Dalam konteks ayat yang diberi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kecuali ayat nombor 2 dan nombor 4. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa10.07.2018
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013
APAKAH SUMBANGAN-SUMBANGAN ZABA TERHADAP BAHASA MELAYUNama Za'ba terukir dalam sejarah persuratan dan kebudayaan Melayu baharu sebagai tokoh bahasa, sastera ekonomi,agama dan juga politik. Dalam bidang bahasa, jasanya cukup besar sebagai Bapa Tatabahasa Melayu di Malaysia dengan karya besarnya Pelita Bahasa Mealyu, di samping karyanya tentang sistem ejaan jawi dan Rumi serta retorik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2012
Apakah sumbangan Za'ba terhadap perkembangan bahasa Melayu?Nama Za'ba terukir dalam sejarah persuratan dan kebudayaan Melayu baharu sebagai tokoh bahasa, sastera ekonomi,agama dan juga politik. Dalam bidang bahasa, jasanya cukup besar sebagai Bapa Tatabahasa Melayu di Malaysia dengan karya besarnya Pelita Bahasa Mealyu, di samping karyanya tentang sistem ejaan jawi dan Rumi serta retorik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Lain-lain04.06.2008
Assalamualaikum, 1. Saya berminat untuk menyertai sebarang penyuntingan. Di manakah saya boleh menyemak aktiviti bengkel yang diadakan oleh pihak DBP. 2. Saya juga mempunyai beberapa kemusykilan semasa menyunting manuskrip novel. -Selepas dialog yang menggunakan ayat seruan (!) atau ayat tanya (?), huruf pertama pada ayat berikutnya perlu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Wah, besarnya kereta abang!" jerit Ali teruja. huruf 'J' untuk perkataan jerit itu perlu ditulis huruf kecil atau besar?Alaikumussalam. Tuan/puan boleh menghubungi Akademi DBP, 0321479223/0321479226 untuk bertanyakan kursus
penyuntingan yang dianjurkan oleh DBP.

Ayat contoh yang diberi adalah betul. Huruf "j" ditulis kecil kerana masih dalam ayat yang sama.
Lain-lain16.12.2014
12

Kembali ke atas