Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak laki-laki kpd (digunakan pd nama orang): Ali ~ Abdullah; 2. bp nama bapa: sudah sahlah dia, namanya, ~nya dan tempat tinggalnya serupa betul; 3. bp utk menyatakan amat sangat (dipakai pd perkataan-perkataan yg sama ertinya): ganjil ~ ajaib; hairan ~ takjub;berbin bp memakai nama ayah (di belakang nama sendiri): nama Mat dgn tiada ~; berbinkan mempunyai (memakai) nama seseorang (ayah angkat dsb) sbg nama ayah: walaupun dia dipelihara oleh bapa angkatnya sejak kecil lagi, Ahmad masih ~ ayah kandungnya sendiri; membinkan memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak lelaki: hukum ~ atau membintikan anak angkat kpd bapa angkat adalah haram di sisi Islam; ® ibnu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), aring-aring, keremak jantan (hutan), urang-aring, Eclipta alba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak lelaki kpd: Muhamad ~ Abdullah. berbin memakai nama ayah di belakang nama sendiri (bkn anak lelaki); dilengkapi kata bin dan diikuti nama ayah selepas nama sendiri: Salah satu nama peserta tidak ~. berbinkan memakai sesuatu nama di belakang nama sendiri sbg nama ayah (bkn anak lelaki): Ahmad ~ ayah kandungnya. membinkan memberikan nama bapa kpd nama anak lelaki: Disebabkan tidak diketahui ayah kandungnya, maka dia dibinkan Abdullah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZUBAYR BIN AWWAMsalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Nama sebenarnya ialah Au ' Abd-Allah al-Zubayr al-awwam bin Khuwaylid bin Asad bin 'Abd al'Uzza bin Qusay bin kilab bin Murrah bin Ka'b bin lu'i al-Qurasyi al-Asadi.AGAMATokoh
AMINAH BINTI WAHAB

Aminah binti Wahab ( ? - ? ), bonda Nabi Muhammad SAW.  Nama penuhnya ialah Aminah binti Abd al-Wahab bin Abd al-Manaf bin Zuhra bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luayy bin Ghalib bin Fihr. 

AGAMATokoh
ABU UBAIDAH AL-JARRAH

Abu Ubaidah al-Jarrah (40 SH-18 H), salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga. Nama sebenar beliau ialah Amar bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhib bin Dabbah bin al-Harith bin Fihr.

AGAMATokoh
SYEIKH AHMAD AL-FATANI

Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah

ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di

Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya

ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa

bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat

tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke

Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat

rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah

dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu

Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama

dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib.

Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang

mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima

pendidikan khas dalam bidang ini.

UMUM 
ABU YUSUF

Abu Yusuf (113 H-182 H/731 M-798 M), kadi besar pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Nama sebenarnya ialah Ya‘qub bin Ibrahim bin Habib bin Khanis bin Sa‘ad bin Habsyah al-Ansari al-Kufi.

AGAMATokoh
KHALID BIN AL-WALID

Khalid bin al-Walid (592 M–642 M), tokoh pejuang Islam pada zaman Rasulullah SAW, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Khalifah Umar bin al-Khattab.

AGAMATokoh
HAMDAN BIN SHEIKH TAHIR, TUN UMUM 
ABDULLAH BIN ZUBAIRTokohAGAMATokoh
ABDULLAH BIN MAS'UDtokohAGAMATokoh
ABBAS BIN ABD AL-MUTTALIBtokohAGAMATokoh
12345678910...

Kembali ke atas