Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bing.kai] | بيڠکاي

Definisi : tepi sesuatu benda yg dibuat drpd kayu (rotan dll) yg dibuat di keliling sesuatu benda (gambar dll) supaya kuat, simpai (roda): ~ cermin; ~ mata tepi mata; berbingkai mempunyai bingkai: pemuda yg berkaca mata putih ~ tebal; membingkaikan memberi berbingkai, memasang bingkai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bing.kai] | بيڠکاي

Definisi : kayu dsb yg dipasangkan di keliling atau di tepi sesuatu benda supaya kuat atau teguh: ~ nyiru. berbingkai diperkuat dgn bingkai pd kelilingnya; ada bingkainya. membingkai memberi berbingkai; memasang bingkai pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingkai

Puisi
 

Pisang raut di hujung bendul,
     Hendak meraut si bingkai balam;
Lautan dalam sebesar jambul,
     Tujuh buah kapal di dalam.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RANGKA

Rangka ialah bingkai tulang yang fleksibel pada

haiwan vertebrat. Ia memberi bentuk kepada badan,

melindungi organ penting, dan menyediakan sistem

tuas, yang dikendalikan oleh otot yang membolehkan

badan bergerak. Ia menempatkan sumsum tulang ,

iaitu tisu yang membentuk darah. Ia menyimpan

unsur-unsur seperti kalsium dan fosforus dan

membebaskannya ke dalam darah. Rangka juga

mengandungi sedikit unsur magnesium, kalium,

dan natrium.

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
EKASIKAL

Ekasikal ialah kenderaan yang mempunyai satu

tempat duduk dan bingkai yang dipasangkan

di atas satu roda tunggal.

UMUM 
KACA MATA

Kaca mata ialah sepasang kanta yang dipasang

pada bingkai dan dilekapkan di hadapan mata.

UMUM 
MARIMBA

Marimba ialah alat perkusi yang terdiri daripada

beberapa bar yang tersusun di atas sebuah bingkai

seperti kekunci pada piano.

UMUM 
XILOFON

Xilofon ialah sejenis alat genderang yang

terdiri daripada beberapa palang yang diatur

di atas satu bingkai menyerupai ki sebuah piano.

UMUM 
KAMERA LUSIDA

Kamera lusida ialah alat melakar yang terdiri

daripada prisma segi empat dan kaca pembesar

yang dilekatkan pada bingkai. Istilah ini bermaksud

kamar terang .

UMUM 
NEVELSON, LOUISE

Nevelson, Louise (1900–1988) ialah pengarca

wanita Amerika Syarikat. Dia lebih dikenali kerana

assemblage nya, yang biasanya dikumpulkan di

dalam bingkai yang berbentuk kotak. Banyak

dinding hitam di dalam kotak-kotaknya melahirkan

perasaan senyap dan keunggulan.

UMUM 
DAUN EMAS

Daun emas ialah logam emas yang telah diketuk

menjadi kepingan atau dedaun yang terlalu

nipis. Daun emas digunakan untuk menghias

permukaan bingkai gambar dan perabot dan untuk

menulis huruf pada cermin tingkap.

UMUM 
ASTROLAB

Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli

astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur

sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada

sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai

bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap

tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat

pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya

mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur

ketinggian bintang itu.

Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat

lain yang lebih tepat.

Lihat juga Sekstan.

UMUM 
12

Kembali ke atas