Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bing.kai] | بيڠکاي

Definisi : kayu dsb yg dipasangkan di keliling atau di tepi sesuatu benda supaya kuat atau teguh: ~ nyiru. berbingkai diperkuat dgn bingkai pd kelilingnya; ada bingkainya. membingkai memberi berbingkai; memasang bingkai pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bing.kai] | بيڠکاي

Definisi : tepi sesuatu benda yg dibuat drpd kayu (rotan dll) yg dibuat di keliling sesuatu benda (gambar dll) supaya kuat, simpai (roda): ~ cermin; ~ mata tepi mata; berbingkai mempunyai bingkai: pemuda yg berkaca mata putih ~ tebal; membingkaikan memberi berbingkai, memasang bingkai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingkai

Puisi
 

Pisang raut di hujung bendul,
     Hendak meraut si bingkai balam;
Lautan dalam sebesar jambul,
     Tujuh buah kapal di dalam.


Lihat selanjutnya...(2)

Majalah

Dewan Budaya » 2012 » March
Sarawak memakai terendak yang dikenali sebagai “Terendak Matu”. Mereka memakai terendak ini ketika menghadiri Pesta Kaul atau Pesta Memuja Pantai. Terendak Matu dibuat daripada dahan pokok sagu atau rumbia. Bahagian bingkai terendak dianyam dengan batang buluh yang diraut nipis, sehingga menutup keseluruhan permukaannya. ___ Rencana ini dipetik daripada  Dewan Budaya Mac 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Upacara Perkahwinan Orang Melayu

Kembali ke atas