Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ni] | بيني

Definisi : (kurang halus) isteri: ~nya yg pertama telah meninggal; ~ aji sl gundik raja; ~ gahara sl isteri yg sah; ~ gelap = ~ simpan gundik (perempuan yg tidak dikahwini); ~ muda isteri kedua (ketiga, keempat); hilang ~ boleh dicari, hilang budi badan celaka prb akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan; bini-bini Br perempuan, wanita; bini-binian 1. suka berkahwin (bkn orang laki-laki), kerap kali berkahwin; 2. bini yg tidak sah, gundik; orang ~, beranak tak boleh disuruh prb pekerjaan yg tidak tetap selalu mendatangkan rugi; berbini mempunyai bini, sudah berkahwin (bkn laki-laki): sedangkan orang yg tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yg berpendapatan besar; apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua, perut kenyang pengajar dapat prb orang yg berkahwin dgn janda (perempuan tua) selalu manja pd isterinya (cemuh kpd orang berbini tua); berbinikan berkahwin dgn (bagi laki-laki); membinikan bersetubuh dgn: maksud cicak jantan tercapai, ~ cicak yg dikejarnya itu; memperbini menjadikan bini, mengahwini: saja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada; memperbinikan mengahwinkan: anak laki-lakinya itu hendak diperbinikannya dgn anak orang kaya; pebinian Br isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bini

Puisi
 

Terang bulan terang gemerlang,
     Hantu berjalan laki bini;
Jikalau tuan bersikap garang,
     Adik tak lama diam di sini.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Orang bini-binian,
     beranak tak boleh disuruh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh.Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh.Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menambah gelang bini.Pemberian yang tak kelihatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan.Anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan. uliti = menyanyikan sampai tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan.Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas