Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang cerah

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyerlah1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
serlah; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; terserlah menyerlah; keterserlahan perihal (keadaan) terserlah; serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah); penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terang1. keadaan (cahaya atau sinar) yg me­nye­babkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, ke­adaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pan­dangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebe­narannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-kata­nya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-ben­derang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. mem­bersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerang­kan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang1. cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2. lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3. gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4. untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5. tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ P.M.N. 6. orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1. ada bintangnya: Langit tidak ~. 2. mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1. banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2. berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3. berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb:Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1. ilmu ttg bintang; astronomi. 2. ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi.Kamus Pelajar
kusampudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat; kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuram­an: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
seri I1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinar­kan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg me­nyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
tapak I1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat men­dirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepan­jang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg se­lama ini belum pernah bercerai dgn dia ba­rang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu keja­dian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapak­nya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pang­kalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengena­kan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas