Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apabila menggunakan huruf kecil, bagi ejaan 'binti' - huruf 'B' perlu huruf besar atau huruf kecil? Contoh: Zainiah Binti Halim atau Zainiah binti Halim Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Zainiah binti Halim.Ejaan11.04.2015
Dif-Dif atau Dif-dif (D kedua huruf kecil.) Binti atau bte jika dicetak dalam buku atur cara majlis rasmi kerajaan

Yang betul ialah Dif-dif, huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan yang betul ialah binti.

Ejaan04.11.2011
Adakah penggunaan aksara pertama dalam "Bin", "Binti", "A/P", "A/L" dan "A/K" perlu dalam huruf besar atau huruf kecil?Jika ejaan nama menggunakan Huruf besar dan huruf kecil ,  penggunaan aksara pertama "bin", "binti", "a/p", "a/l" dan "a/k"  ialah huruf kecil .Ejaan27.03.2018
Salam. Kenapa ejaan binti dalam rangkai kata nama dieja dengan huruf kecil ?Perkataan "binti" itu daripada bahasa Arab yang bermaksud "anak perempuan" yang tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Lain-lain09.05.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan Mohon bertanya lagi, 1) Ejaan 'bin @ binti' yang berada di antara nama kita dan bapa kita - adakah 'b' tu ditulis dengan huruf besar @ huruf kecil? 2) Ejaan yang betul bagi meperingatkan @ memperingatkan? Sekian, terima kasih.1. "b" dalam "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil.
2. Memperingatkan.
Ejaan30.04.2014
kenapa kata hubung dalam tajuk tidak ditulis dengan huruf besar.Begitu juga dengan bin dan binti pada nama seseorang juga ditulis dengan huruf kecilDalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.Ejaan07.05.2012
Salam sejahtera Menulis nama untuk tulisan besar dan kecil, kenapa ada yang menulis "bin" dengan huruf kecil. Bukankah Bin juga sebahagian daripada nama. Contohnya Ali bin Zakaria. Seharusnya Ali Bin Zakaria. Mohon pencerahan. Terima kasihRangkai kata "bin" dan "binti" bukan merupakan kata nama khas dan cara penulisannya mestilah ditulis dengan menggunakan huruf kecil.Lain-lain20.12.2018
Perkataan BIN, BINTI, ANAK LELAKI dan ANAK PEREMPUAN dalam sesuatu nama, harus ditulis dengan huruf besar atau kecil?Untuk makluman, bin, binti, a/l dan a/p dieja menggunakan huruf kecil.Ejaan03.11.2015
Inginkan kepastian bagi pangkal perkataan "bin" dan "binti" pada nama orang, sama ada huruf besar (B) atau huruf kecil (b) . Terima kasihEjaan yang betul ialah bin, Ali bin Ahmad.Ejaan03.06.2015
Cara penulisan nama yang betul? Mohd Hafiz bin Mohd Farid atau Mohd Hafiz Bin Mohd Farid? Penulisan bin@binti patut bermula dgn huruf besar atau huruf kecil? Maniam anak lelaki Ramesh penulisannya mcm mana pula? Terima kasih.Yang betul ialah Mohd Hafiz bin Mohd Farid dan Maniam a/l Ramesh.Lain-lain08.01.2015
12

Kembali ke atas