Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.ka/] | بوڠکق

Definisi : berperasaan tinggi diri; sombong: Orang yg ~, walaupun pandai, tentu dibenci oleh sahabat handai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bong.ka/] | بوڠکق

Definisi : pongah, sombong, angkuh: kau jangan takbur dan ~;kebongkakan perihal (sifat dsb) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan: ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. Tatabahasa20.08.2010
Tuan, Benarkah penggunaan congkak dlm ayat ini? Faizal tidak disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia mula bersikap congkak setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas. Terima kasih.Congkak sama makna dengan sombong dan bongkak. Penggunaan kata congkak dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa13.09.2011
Satu perkataan yang menyifatkan "Rendah diri" atau sejenis bunga/tumbuhan yang menyifatkan demikian bagi menamakan sesebuah tamanSoalan saudara tidak jelas. Bagaimanapun, makna "rendah diri" ialah sikap seseorang yang suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya.Makna16.01.2008
Salam, Sila menerangkan apakah maksud "Kaduk naik junjung" dan menerangkan sama ada peribahasa tersebut boleh bermakna i. seorang yang keji atau dibenci yang lupa akan tempatnya di dalam masyarakat dan telah menjadi sombong setelah memegang jawatan awam; ii. seorang individu yang sombong dan bongkak setelah dilantik atau dinaikkan kepada jawatan yang penting Adakah peribahasa ini boleh digunakan dalam konteks fitnah (defamation)?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menakrifkan peribahasa "kaduk naik junjung" sebagai orang hina merasa dirinya mulia.Tatabahasa22.09.2014
Salam, saya ingin meminta pencerahan tentang perkataan 'riak'. 'Riak' mempunyai banyak maksud. Namun, saya keliru untuk mengambil makna yang mana satu di antara banyak makna tersebut. Saya lihat hampir kesemua maknanya bersangkutan dengan gerakan/reaksi/tindak balas sesuatu. Tiada satu pun yang merujuk perasaan diri. 'Riak' yang saya maksudkan ialah sifat yang angkuh, sombong, bongkak dan bangga diri. Sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.  Riak yang puan maksudkan itu ialah perkataan riyak yang berasal daripada bahasa Arab.  Sila lihat maksud riyak dalam Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 1337.Makna11.09.2014
Boleh tolong jelaskan makna ayat ini? Dikabur takbur shabab yang bermusimFrasa  Dikabur takbur shabab yang bermusim  merupakan karya kreatif yang boleh ditafsirkan secara berbeza mengikut konteks keseluruhan makna yang hendak disampaikan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, takbur bermaksud berperasaan tinggi diri (suka meng­anggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dan sebagainya daripada orang lain), angkuh, bongkak.Makna09.07.2018

Kembali ke atas