Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borough

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATUK BANDAR

Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada pengerusi majlis borough

tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan

tempatan yang telah dikurniakan status borough

oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar.

UMUM 
MERIDIAN GREENWICH

Meridian Greenwich ialah garisan utara-selatan

yang merentasi Greenwich, sebuah

kawasan pilihan raya bandaran (borough) London,

pada peta bumi. Meridian Greenwich sering

dikenali sebagai meridian perdana. Ia ditandai

oleh 0°garisan bujur, dan semua meridian

garisan bujur yang lain dinomborkan timur atau

barat meridian ini.

UMUM 
PULAU MANHATTAN

Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan,

kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York

City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik

untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater.

Manhattan mempunyai penduduk seramai

1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer

persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan

air pedalaman. Pulau ini membentuk borough

(daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima

borough New York . Sungai East ialah sempadan

timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak

di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai

Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya.

Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan

pulau ini dengan borough lain dan New Jersey.

UMUM 
ABERCONWY DAN COLWYN

Aberconwy and Colwyn ialah daerah kerajaan

tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 di pantai

utara Wales. Tidak lama selepas penubuhannya,

Aberconwy and Colwyn dinamakan semula Conwy

Country Borough Council. Lembah Sungai Conway

mengalir melalui daerah ini hingga ke bandar

bersejarah Conwy.

UMUM 
DEWAN BURGESS

Dewan Burgess ialah sebuah badan perwakilan

perundangan yang pertama di Amerika dan mana-mana

tanah di jajahan Inggeris. Ia bersidang buat

kali pertamanya di Jamestown, dahulunya ibu

negeri Virginia, pada 30 Julai 1619. Gabenor Sir

George Yeardley mengadakan mesyuarat tersebut,

dan disertai oleh dua warganegara atau burgess

dari setiap 11 borough (subbahagian) Virginia.

UMUM 
BURGH

Burgh ialah kawasan pentadbiran di Scotland.

Ia sama seperti borough, iaitu kawasan pilihan

raya bandaran Inggeris.

UMUM 

Kembali ke atas