Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan] | بوکن

Definisi : 1 berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2 kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menoceh[m«.no.tSeh]kata kerjamenyimpan duit baki perbelanjaan.Baek adek menoceh, jangan beli yang bukan-[bAe/ A.d«/ m«.no.tSeh dZA.NAn b«.li jAN bu.kAn.bu.kAn]Baik adik menyimpan duit lebihan belanja itu, daripada membeli barang yang bukan-bukan.
bego I[be.go]kata adjektifsangat nakal (tentang kanak-kanak).Bukan main bego budak tu.[bu.kAn mAen be.go bu.dA/ tu]Bukan main nakal perangai budak itu.
gemeh[ge.meh]kata adjektifriang gembira.Kalau dah bejumpe bukan maen gemeh[kA.lAw dAh b«.dZum.p« bu.kAn mAen ge.meh]Kalau sudah berjumpa kelihatan bukan main manis.
gemeh[ge.meh]kata adjektifriang gembira.Kalau dah bejumpe bukan maen gemeh.[kA.lAw dAh b«.dZum.p« bu.kAn mAen ge.meh]Kalau sudah berjumpa kelihatan bukan main manis.
kap[kAp]kata adjektifgelojoh.Makan bukan maen kap lagi macam dah tak makan tige ari.[mA.kAn bu.kAn mAen kAp lA.gi mA.tSAm dAh tA/ mA.kAn ti.g« ]Makan bukan main gelojoh, seperti tidak makan tiga hari.
menado[m«.nA.d]kata kerjatidak bergerak.Bukan kecik-kecik batu, sepuloh orang nolak pon maseh menado.[bu.kAn k«.tSi/.k«.tSi/ bA.tu s«.pu.loh o.ÄANno.lA/ pon ]Bukan kecil-kecil batu, sepuluh orang menolak pun masih tidak dapat digerakkan.
kemereng[k«.m«.ÄeN]kata adjektifgarang atau bengis.Mando jalan tu kemereng bukan maen.[mAn.do dZA.lAn tu k«.m«.ÄeN bu.kAn mAen]Mandor jalan raya itu bukan main garang lagi.
perabah[p«.ÄA.bAh]kata namabarang yang tidak berguna.Buang saje perabah tu, bukan boleh pakai lagi.[bu.wAN sA.dZe p«.ÄA.bAh tu bu.kAn bo.leh pA.kAj lA.gi]Buang sahaja barang-barang yang tidak berguna itu, bukan boleh dipakai lagi.
demot[d«.mot]kata adjektiflemban, lambat; engut-engut.Bukan maen demot kau ni buat keje.[bu.kAn mAen d«.mot kAw ni bu.wAt k«.dZ«]Lambat sangat engkau ini membuat kerja.
putol[pu.tol]kata adjektifhilang daripada pandangan.Punye laju budak tu lari, tak sampai semenet dah putol.[pu.ø« lA.dZu bu.dA/ tu lA.Äi tA/ sAm.pAj s«.me.net dAh pu.tol]Bukan main laju budak itu berlari, tidak sampai seminit sudah hilang daripada pandangan.

Kembali ke atas