Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan] | بوکن

Definisi : 1 berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2 kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lepek[lE.pE/]kata kerjameletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya (Nazri)Sape lepek tolo bawah meja.[sA.p« lE.pE/ t.l bA.wAh me.dZA]Siapa yang meletakkan tuala di bawah meja.
wabe[wA.b«]kata tugaskata penegas di awal ayat yang bermaksud bukan main atau sungguh hebat.Wabe awok, berani awok maki Pak Abu tu?[wA.b« A.w b«.ÄA.ni A.w mA.ki pA A.bu tu]Hebat awak, berani awak maki Pak Abu tu?
cagang[tSA.gAN]kata adjektifberkenaan rambut yang tegak.Rambot awok bukan lawo cagang gitu.[ÄAm.bot A.w/ bu.kAn lA.wo tSA.gAN gi.tu]Rambut awak bukannya cantik, tegak seperti itu.

Kembali ke atas