Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[bu.kan] | بوکن

Definisi : 1 berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2 kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan

Puisi

Hendak dipais bukan todak,
Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
Hendak terbang bukan burung.

Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Lihat selanjutnya...(37)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Lihat selanjutnya...(27)

Majalah

Dewan Budaya » 2015 » February
Umum Home » 2015 » February 0 Comments APABILA SENIMAN RESAH admin on February 1st, 2015 Oleh Ladin Nuawi “Barang siapa berkhianat, maka celakalah seumur hidupnya.” Apabila seniman resah, tentu ada sebabnya. Bukan sahaja-sahaja hendak resah. Ada kepincangan yang diperhatikan. Ada kerisauan yang ditakuti akan terjadi. Ada tindakan yang perlu disegerakan. Bukan alasan seniman hidup dalam resah. Ada isyarat batin yang dihantar untuk diketengahkan. Begitu juga apabila Roslan Madun mementaskan teater Bahaman Jiwa Merdeka pada 15 dan 16 Disember 2014 di UiTM
Dewan Budaya » 2015 » March
maka mereka tong-tong untuk membeli keperluan pentas yang patut, seperti polistirena, bunga plastik dan pewarna, selain bahan yang ada di kolej. Tidak hairanlah jika mereka menggunakan alat mekap sendiri, bukan alat mekap untuk pentas. Pakaian istimewa sendiri digunakan sebagai busana pementasan untuk disesuaikan dengan cerita dunia istana. Lakonan mereka terpuji. Mereka berkeyakinan. Setiap kali mereka menampilkan diri dan melontarkan dialog, sambutan gemuruh daripada penonton. Mereka tidak terpengaruh untuk menokok tambah yang bukan-bukan, apatah lagi untuk “makan lakonan kawan” apabila mendapat sambutan. Tiada kasta dalam lakonan. Inilah yang diperlukan daripada guru apabila berhadapan dengan anak murid. Saya berpandangan bahawa kedua-dua orang
Dewan Budaya » 2013 » December
RM3 juta bagi membantu mangsa taufan Haiyan. Beginilah cara Malaysia yang terus dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa yang tidak mengenal sempadan agama dan ras dalam memberikan bantuan kemanusiaan. Bantuan Malaysia bukan sahaja dalam misi kemanusiaan, tetapi juga dalam misi keamanan, bantuan pendidikan, dan bantuan teknikal kepada negara-negara membangun. Ketika makalah ini ditulis, salah satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sinonim dengan misi bantuan kemanusiaan, Mercy Malaysia, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2013. Penganugerahan ini mengiktiraf sumbangan Mercy Malaysia dalam memberikan bantuan perubatan dan
Dewan Budaya » 2014 » November
tahun dahulu, nama Mohd. Shaimy Hashim bukanlah asing kepada dunia seni lukis di negeri itu, malah di Pantai Timur amnya. Mohd. Shaimy, yang telah berkarier selama lebih daripada 40 tahun, bukan sahaja artis beraliran surealisme, malah pentadbir persatuan seni yang disegani. Pengerusi Senika (Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Pahang) dan GAP (Gabungan Persatuan Pelukis Malaysia) ini hadir ke pameran solo Negara. Oleh sebab pada ketika itu saya kurator di Bahagian Koleksi, penyelidikan dan penulisan saya banyak menjurus kepada karya koleksi yang disimpan di Balai Seni Visual Negara sendiri, yang diterbitkan bukan sahaja dalam majalah terbitannya, malah dalam Dewan Budaya dan katalog pameran galeri swasta. Pada masa yang sama, saya menyatakan bahawa banyak lagi perkara yang dapat dikongsi dengan masyarakat melalui lebih
Dewan Budaya » 2014 » September
September 0 Comments RESAM PADI admin on September 1st, 2014 Oleh Dania Zulkifli Orang Melayu makan nasi, orang putih makan roti. Bagi masyarakat Melayu, memang jelas mereka “sebati” dengan padi, bukan sekadar sebagai makanan ruji, tetapi juga dari segi budaya. Perkara ini dapat dilihat dalam, misalnya, peribahasa dan pantun. Sebagai contoh, peribahasa “pagar makan padi” dan “bawa resmi padi, semakin berisi Amerika Syarikat, iaitu Arkansas, California, Louisiana, Mississippi, dan Texas, turut mengusahakan tanaman ini. James C. Scott, dalam bukunya, Weapons of the Weak: Everyday Forms of Peasant Resistance , kajian di Sedaka (bukan nama sebenar), Kedah, pernah mencatatkan bahawa di Barat, konsep makanan dinyatakan lebih kerap dalam roti. Di kebanyakan Asia, makanan bermaksud nasi. (Huruf condong oleh Scott sendiri.) Walaupun dari segi geografi
Dewan Budaya » 2015 » June
di Pasir Salak dia menemukan mayat Birch pada 1875 membantu British yang tenggelam minda tiga hari tiga malam mayat sejarah itu tersembunyi di perut Sungai Perak. Guru Silat Pawang Ana bukan sebarang pawang dia bukan penyelam tetapi pendekar dia guru silat serimau itom cantuman berpuluh-puluh bunga langkah gayung, cekak, sendeng dan lintau gelanggangnya di tepi bendang berpagar jamung pelepah pinang waktu malam pekat, pekik
Dewan Budaya » Nota Editor
yang telah dibuat oleh sesebuah produksi. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam tempoh dua hingga empat minggu sebelum pementasan, latihan teater perlu dilakukan secara intensif. Namun begitu, dalam konteks ini, bukan mudah untuk mengumpulkan semua orang kerana setiap daripada mereka mempunyai hal lain seperti bekerja pada waktu siang hari di tempat yang berbeza-beza. Sesebuah pementasan teater memerlukan himpunan kelompok tenaga dinyatakan di atas antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah persembahan teater. Perlu diingat bahawa penonton yang hadir ke panggung untuk menyaksikan pementasan bukan secara percuma, tetapi mereka perlu membayar tiket dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata
Dewan Budaya » Lagu Patriotik Tradisi Turun-temurun
Sudirman Haji Arshad sebelum memulakan program. Saya berasa sangat terkesan dengan lirik dan melodi lagu tersebut sehingga mengundang rasa sebak, dan menyuntik semangat saya untuk mengendalikan program tersebut. Situasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada saya,tetapi turut mengundang minat dalam kalangan pelajar untuk berdiri dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dan saya dapat merasakan kehangatan patriotisme itu seolah-olah sedang melodi lagu patriotik bertujuan untuk memenuhi selera pendengar kini, tetapi bagaimanakah dengan orang-orang terdahulu atau kaum lain? Hal ini boleh dipersoalkan kerana lagu patriotik ialah milik bersama-sama dan bukan hanya untuk kaum tertentu sahaja. Bahkan, lirik lagu patriotik berfungsi sebagai mesej kepada rakyat untuk membangkitkan semangat cinta akan negara dan bangsa. Namun demikian, sekiranya lagu patriotik tidak dapat difahami
Dewan Budaya » 2015 » July
kebangsaan Malaysia, sebaliknya, diwujudkan melalui resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada bulan Ogos 1971, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Barangkali oleh sebab dasar kebudayaan kebangsaan negara ini bukan peraturan yang bersifat perundangan, maka pelaksanaannya agak terhad, bergantung pada budi bicara agensi yang berkaitan, termasuk kementerian, ibarat hidup segan mati tidak mahu. Barangkali juga kerana dua prinsip yang menjadi matlamat yang hanya dapat dilihat hasilnya beberapa generasi yang akan datang.” Rumusan atau dasar dari atas ke bawah yang bersifat takrif autoriti itu diterima dan diguna pakai oleh kerajaan, badan bukan kerajaan, budayawan dan ilmuwan, serta masyarakat umum selepas kongres itu. Sejak itu, para pemimpin dan budaya selalu merujuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai antara dasar penting yang menyumbang ke arah kelahiran
Dewan Budaya » 2014 » October
perkembangan diri, serta sifat semula jadi manusia. Mencius mengajar dengan berdasarkan fahaman Confucius. Falsafah politiknya menjadi ikutan banyak pihak, terutama sekali pihak berkuasa kerajaan. Ajaran Mencius meninggalkan pengaruh yang kuat bukan sahaja terhadap golongan kelas atasan dan pemimpin, malah memberikan kesan kepada sistem kepercayaan dan nilai budaya masyarakat Cina. Hasil penulisannya, Mencius, merupakan karya klasik yang mengkaji pemikiran Confucius, dengan berdasarkan hubungan etnik. Kini timbul juga suara sumbang dalam kalangan individu tertentu di Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan kedua-dua buah negeri terbabit daripada Persekutuan Malaysia, tanpa menyedari bahawa perbuatan itu bukan sahaja mampu menggugat keselamatan negara, tetapi jelas berunsur hasutan. Undang-undang dan Perlembagaan Malaysia perlu sentiasa dijunjung bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara, lebih-lebih lagi Perlembagaan Persekutuan telah digubal
Dewan Budaya » 2015 » October
tarikan sehingga mereka bertindak demikian. Mereka duduk dalam barisan kedua, di kerusi yang dikhaskan untuk tetamu kehormat, yang tidak diduduki sesiapa. Tindakan mereka itu membuktikan bahawa mereka berada di situ bukan semata-mata untuk meramaikan majlis, justeru mereka penonton serius – menonton dan menganalisis teater tersebut. Ya, mengapakah teater Lari perlu menggambarkan kemenangan pengganas komunis? Mengapakah tidak digambarkan kemenangan anggota pengawal kampung mempunyai ciri terapeutik dan digunakan sejak berkurun-kurun sebagai ramuan bagi penyediaan pelbagai jenis ubat tradisional oleh pelbagai kaum. Bagi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, penggunaan herba ubat untuk kesihatan bukan lagi perkara baharu, bahkan amalan turun-temurun sebelum wujudnya perubatan moden. Pengetahuan tentang jenis tumbuhan yang sesuai digunakan diperoleh dan dikumpulkan melalui siri pengalaman “percubaan dan kesilapan”. Meskipun bukan semua
?feed=atom
yang telah dibuat oleh sesebuah produksi. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam tempoh dua hingga empat minggu sebelum pementasan, latihan teater perlu dilakukan secara intensif. Namun begitu, dalam konteks ini, bukan mudah untuk mengumpulkan semua orang kerana setiap daripada mereka mempunyai hal lain seperti bekerja pada waktu siang hari di tempat yang berbeza-beza.
<p style="text-align: left sesebuah persembahan teater.

Perlu diingat bahawa penonton yang hadir ke panggung untuk menyaksikan pementasan bukan secara percuma, tetapi mereka perlu membayar tiket dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata
?feed=rss2
yang telah dibuat oleh sesebuah produksi. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam tempoh dua hingga empat minggu sebelum pementasan, latihan teater perlu dilakukan secara intensif. Namun begitu, dalam konteks ini, bukan mudah untuk mengumpulkan semua orang kerana setiap daripada mereka mempunyai hal lain seperti bekerja pada waktu siang hari di tempat yang berbeza-beza.
<p style="text-align: left sesebuah persembahan teater.

Perlu diingat bahawa penonton yang hadir ke panggung untuk menyaksikan pementasan bukan secara percuma, tetapi mereka perlu membayar tiket dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata
Dewan Budaya » Komitmen dan Disiplin Membuahkan Kejayaan
yang telah dibuat oleh sesebuah produksi. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam tempoh dua hingga empat minggu sebelum pementasan, latihan teater perlu dilakukan secara intensif. Namun begitu, dalam konteks ini, bukan mudah untuk mengumpulkan semua orang kerana setiap daripada mereka mempunyai hal lain seperti bekerja pada waktu siang hari di tempat yang berbeza-beza. Sesebuah pementasan teater memerlukan himpunan kelompok tenaga dinyatakan di atas antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah persembahan teater. Perlu diingat bahawa penonton yang hadir ke panggung untuk menyaksikan pementasan bukan secara percuma, tetapi mereka perlu membayar tiket dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata
Dewan Budaya » 2019 » February
yang telah dibuat oleh sesebuah produksi. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam tempoh dua hingga empat minggu sebelum pementasan, latihan teater perlu dilakukan secara intensif. Namun begitu, dalam konteks ini, bukan mudah untuk mengumpulkan semua orang kerana setiap daripada mereka mempunyai hal lain seperti bekerja pada waktu siang hari di tempat yang berbeza-beza. Sesebuah pementasan teater memerlukan himpunan kelompok tenaga dinyatakan di atas antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah persembahan teater. Perlu diingat bahawa penonton yang hadir ke panggung untuk menyaksikan pementasan bukan secara percuma, tetapi mereka perlu membayar tiket dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata
Dewan Budaya » 2012 » April
imej dangaya hidup mereka sekarang berbanding dengan dahulu. Ada pihak yang mendakwa mereka ini sudah mendapat hidayah daripada Allah. Bahkan, ada dalam kalangan mereka sekarang menjadi pendakwah agama. Namun begitu, bukan semua pihak yang senang dengan perubahan imej mereka. Dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini memaparkan kisah beberapa orang artis yang sudah berubah imej ini dicerca dan dipulaukan oleh rakan 2012 Oleh Faizal Sidik I stilah kuratis dicipta daripada gabungan perkataan “artis” dan “kurator”. Konsep kuratis menunjukkan perubahan praktis terhadap fungsi seorang artis yang mengambil peranan sebagai kurator. Kelahiran kuratis bukan sahaja mengisi kelompangan apresiasi, malah membuka pendefinisian baharu terhadap kreativiti penciptaan artistik penggiat seni. Transformasi ini berlaku kerana kebanyakan institusi seni di negara ini tidak mempunyai program sejarah dan persejarahan
Dewan Budaya » 2013 » September
Xian Dazhong Pada mata orang biasa, Opera Beijing hanyalah bunyi bising loceng dan gendang, atau nyanyian yang bernada tinggi, atau pun pergantian kostum yang berwarna-warni.Namun begitu, Opera Beijing bukan sekadar opera biasa, tetapi lebih dikenali sebagai opera kebangsaan China.Yang menariknya, opera ini menggambarkan perjalanan hidup perwatakan manusia yang berbeza-beza, iaitu yang cantik dan hodoh, yang berbudi bahasa
Dewan Budaya » 2014 » June
semula perkembangan ilmu di dunia Barat dan di Eropah Barat, khasnya, kita akan lebih memahami cara perkara ini berlaku. Sekali gus keterangan ini akan membantu menyedarkan kita bahawa peradaban ilmu bukan Barat, khususnya Asia, memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan tamadun ilmu di dunia Eropah tersebut. Malangnya, lazimnya hal ini tidak diketahui umum kerana diselindungi oleh peristiwa yang dinamai “Zaman daripada 700 tahun yang lalu oleh Ma He, orang berketurunan Islam yang lebih dikenal sebagai Zheng He (Cheng Ho). Pelayaran ini menampakkan betapa tingginya tamadun Timur berbanding dengan tamadun Barat, bukan sahaja daripada keupayaannya, tetapi juga kemampuan teknologi serta peralatan yang ada. Walau apa-apa pun, gambaran serta fakta seumpama ini jarang-jarang sekali diwara-warakan – seolah-olah hal ini tidak
Dewan Budaya » 2015 » December
mempunyai atap berbentuk payung. “Apa masjid rupa ini?” Tunku Abdul Rahman mempersoalkan cadangan reka bentuk yang dikemukakan oleh Baharuddin – pastinya terpengaruh oleh reka bentuk masjid di Asia Barat. Namun demikian, bukan Tunku Abdul Rahman yang memberikan persetujuan terhadap cadangan tersebut, tetapi Abdul Razak. Menurut Baharuddin, cadangan tersebut dikemukakannya kerana beliau mahu “lari” daripada reka bentuk konvensional. Baginya, payung melambangkan kedaulatan negara masjid baharu itu. Asalnya hanya tetamu undangan dibenarkan masuk ke dalam Masjid Negara. Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri dikerumuni orang ramai yang ternyata gembira dengan masjid baharu itu. Bukan itu sahaja, Bapa Kemerdekaan kemudiannya dijulang dan diusung ke dewan jamuan. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Disember 2015. Posted in: Sekeliling Kita 0 Comments MEREKA MENYEBUTNYA PEKAN
Dewan Budaya » 2014 » February
para pejuang bahasa dan sastera negara mengangkat nilai keilmuan tamadun bangsa dan menterjemahkannya dalam bentuk penerbitan sama ada majalah mahupun buku. Lebih manis lipatan kenangan lalu, apabila dunia seni mereka bukan sahaja di lingkaran rakan-rakan di pejabat, malahan perkongsian seni dilanjutkan bersama-sama teman sealiran yang disemarakkan dengan aspirasi dan inspirasi tokoh-tokoh yang mahu melihat seni dan budaya bangsa oleh janda tersebut. Sesuatu yang dianggap kejam oleh masyarakat tetapi hakikatnya berlaku. Satu lagi peristiwa, iaitu empat orang anak warga Malaysia beragama Islam yang bertugas di Sweden dijaga oleh pasangan bukan Muslim apabila kedua-dua ibu bapa mereka ditahan di penjara atas tuduhan penderaan. Yang menariknya, penderaan tersebut bukanlah seperti yang selalu kita gambarkan di sini kerana bagi kita menegur anak
Dewan Budaya » 2015 » August
dengan kita, Indonesia mencapai kemerdekaan dengan jalan yang lebih sukar dan berliku. Mereka merdeka dengan darah dan air mata. Begitu banyak pejuang dan rakyatnya terkorban. Bagi rakyat Indonesia, hari kemerdekaan bukan sahaja peluang untuk mengingati pengorbanan para pejuang dan pahlawan mereka dalam menuntut kemerdekaan sehingga bebas daripada cengkaman dan penderitaan penjajahan Belanda, tetapi saat untuk mereka merenung cara untuk mengisi kemerdekaan semangat esprit de corps dalam kalangan rakyat merupakan tunjang bagi memastikan negara ini terus bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Sebenarnya kemenangan Vietnam dalam perang menentang Amerika Syarikat dan Perancis dahulu bukan berpunca daripada kekuatan ketenteraan, sebaliknya ketahanan nasional rakyatnya. Rakyatnya, meskipun dalam serba kedaifan dan kekurangan dari segi senjata, memiliki semangat juang dan pengorbanan yang tinggi kerana sedar bahawa maruah negara
Dewan Budaya » 2018 » August
Sudirman Haji Arshad sebelum memulakan program. Saya berasa sangat terkesan dengan lirik dan melodi lagu tersebut sehingga mengundang rasa sebak, dan menyuntik semangat saya untuk mengendalikan program tersebut. Situasi ini bukan sahaja memberikan kesan kepada saya,tetapi turut mengundang minat dalam kalangan pelajar untuk berdiri dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dan saya dapat merasakan kehangatan patriotisme itu seolah-olah sedang melodi lagu patriotik bertujuan untuk memenuhi selera pendengar kini, tetapi bagaimanakah dengan orang-orang terdahulu atau kaum lain? Hal ini boleh dipersoalkan kerana lagu patriotik ialah milik bersama-sama dan bukan hanya untuk kaum tertentu sahaja. Bahkan, lirik lagu patriotik berfungsi sebagai mesej kepada rakyat untuk membangkitkan semangat cinta akan negara dan bangsa. Namun demikian, sekiranya lagu patriotik tidak dapat difahami
Dewan Budaya » 2017 » March
Hindu dari India, Mohamed Ghouse menjelaskan bahawa masyarakat Melayu kemudiannya telah mengubahsuai penciptaan alat muzik tersebut sesuai dengan kebudayaan tempatan sehingga membentuk cirinya yang tersendiri. Pada suatu masa dahulu, gendang bukan sahaja menjadi alat kebesaran dan simbol kedaulatan dalam kesultanan Melayu, tetapi mempunyai peranan penting sebagai alat komunikasi bagi menyampaikan mesej tertentu kepada masyarakat. Dalam Hikayat Pahang , misalnya, dipaparkan bahawa paluan
Dewan Budaya » 2014 » March
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini menyandang jawatan Penasihat Sosiobudaya Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim, muzium merupakan aspek yang sangat penting dalam mencemerlangkan peradaban bangsa dan negara. Peranan muzium bukan sahaja memaparkan persejarahan lampau negara, malah isu terkini yang wajar didekati dan difahami oleh masyarakat. Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 55 ribu buah muzium di 202 buah negara di berbeza daripada masyarakat Barat kerana mereka sedar tentang peranan muzium sebagai wadah yang berkesan dalam menyebarkan ilmu tentang sejarah dan budaya. Meskipun banyak orang masih keliru dengan peranannya, muzium sebenarnya bukan sekadar tempat untuk menyimpan bahan sejarah, objek, dan artifak budaya dan gambar bersejarah, tetapi berperanan sebagai perakam dan pendidik budaya bangsa. Setiap bandar utama di ibu negeri di negara ini
Dewan Budaya » 2014 » December
Yang lebih menarik lagi, tempat duduk basikal turut dijual! Kadang-kadang agak sukar untuk dibayangkan pembelinya, apatah lagi tujuan tempat duduk basikal itu dibeli. Tentu sekali tempat duduk itu dibeli bukan sebagai pengganti tempat duduk yang rosak kerana kini tidak banyak orang yang menggunakan basikal, malah basikal hitam yang demikian sudah tiada dalam pasaran. Itulah warna-warni pasar lambak Amcorp Mall dan barang kali juga pasar yang sedemikian di tempat lain. Pasar lambak Amcorp Mall hanya diadakan pada hari Ahad. Mungkin oleh sebab hanya beroperasi sehari, sambutan peminatnya begitu hebat, bukan sahaja daripada rakyat negara ini, bahkan masyarakat luar negara juga. Peminatnya pasti bukan sembarangan orang oleh sebab minat sahaja tidak cukup, malah poket mesti “berisi” kerana harga barang yang di
Dewan Budaya » Penghayatan Rukun Negara dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan India. Mereka tidak menganggap Tanah Melayu ini sebagai tanah air mereka, manakala orang Melayu pula menumpukan perhatian pada kawasan Timur
Dewan Budaya » 2013 » January
Gajah itu pun tinggal di tepi Sungai Li untuk selama-lamanya. Setelah melawat kota Guilin, kebanyakan pelancong meneruskan perjalanan mereka ke Kaunti Yangshuo dengan menaiki kapal dan perahu. Hal ini bukan sahaja kerana pemandangan di Yangshuo dikatakan lebih indah berbanding dengan kota Guilin, malahan dengan cara ini para pelancong boleh menikmati pemandangan yang indah permai di tepi Sungai Li. Sungai Li sejarah seni dicampurkan dengan rona sejarah falsafah, psikologi, sastera, dan dilakar bersama-sama cabang ilmu elektif yang mendorong penjanaan visual yang kaya teknik dan kaya lapisan makna. Latiff, sehubungan itu, bukan sahaja menguasai bahasa Jerman dan nuansanya, malahan bidang seni visual, serta dunia sastera khususnya dalam genre puisi. Sebagai seniman visual gerak, dan rentaknya terpancar dalam puisi-puisinya. Puisi-puisinya turut
Dewan Budaya » 2017 » January
padanannya dalam bahasa kebangsaan demi kelancaran ucapan. Ayat yang dibinanya pun dapat dikatakan baik. Dalam peperiksaan, beliau layak menerima pangkat A+. Pencapaian ini amat baik bagi orang yang bahasa pertamanya bukan bahasa Melayu. Pengacara majlis antarabangsa tersebut mengambil tindakan yang aneh yang sama sekali bertentangan dengan ahli politik itu. Beliau mengacarai majlis itu dengan menggunakan bahasa Inggeris – ada ketikanya juga beliau menggunakan bahasa kebangsaan – walaupun mereka yang tidak memahami bahasa kebangsaan hanya 18 orang pengkarya oleh sebab mereka bukan rakyat negara ini, setelah merujuk buku cenderamata majlis antarabangsa tersebut. Yang menambahkan keanehan ialah bahasa ibunda pengacara itu ialah bahasa Melayu. Tanpa menidakkan kepentingan bahasa Inggeris pada hari ini, yang
Dewan Budaya » Sekeliling Kita
mempunyai atap berbentuk payung. “Apa masjid rupa ini?” Tunku Abdul Rahman mempersoalkan cadangan reka bentuk yang dikemukakan oleh Baharuddin – pastinya terpengaruh oleh reka bentuk masjid di Asia Barat. Namun demikian, bukan Tunku Abdul Rahman yang memberikan persetujuan terhadap cadangan tersebut, tetapi Abdul Razak. Menurut Baharuddin, cadangan tersebut dikemukakannya kerana beliau mahu “lari” daripada reka bentuk konvensional. Baginya, payung melambangkan kedaulatan negara masjid baharu itu. Asalnya hanya tetamu undangan dibenarkan masuk ke dalam Masjid Negara. Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri dikerumuni orang ramai yang ternyata gembira dengan masjid baharu itu. Bukan itu sahaja, Bapa Kemerdekaan kemudiannya dijulang dan diusung ke dewan jamuan. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Disember 2015. Posted in: Sekeliling Kita • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah
Dewan Budaya » 2012 » March
Melalui 206 buah makalah yang terdapat dalam buku ini, pembaca dapat melihat bagaimana Johan memandang sesuatu isu secara menyeluruh dan meluas. Hal ini demikian kerana isu yang dibawa dalam rencananya bukan sahaja berkisar dengan apa-apa yang terjadi dalam negara, malahan juga makalah mengenai peristiwa yang terjadi di negara luar contohnya menerusi makalah berjudul, “Hillary Clinton”, ”Isu Moral dan Hipokrasi” dan Dewan Budaya Mac 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Meniti Sisi Gelap Kota admin on March 9th, 2012 Oleh Fadli al-Akiti S onglap , filem yang amat “menyakitkan” untuk ditonton. Bukan kerana teknikal, cerita, ataupun lakonan, tetapi isu yang diketengahkan. Dua jalinan cerita membuka sisi gelap filem ini. Cerita pertama ialah kisah abang dan adik, Am (Saheizy Sam) dan Ad (Syafie
Dewan Budaya » 2013 » February
on February 3rd, 2013 Oleh Abdul Ghani Abu Universiti merupakan penyambung tradisi ilmu dan tempat melahirkan cendekiawan serta cerdik pandai yang akan meneruskan kegemilangan tamadun bangsa. Universiti bersifat dinamik dan bukan sekadar bangunan yang gah, sebaliknya menjadi pusat kecemerlangan pelbagai displin ilmu yang diadun dengan garapan cara dan budaya tempatan dalam menangani pertembungan peradaban tamadun manusia dari pelbagai benua dari serata boleh menyatukan kepelbagaian disiplin ilmu ini? Sebagai tokoh akademik dan pemikir ulung, Pak Ungku semasa zamannya melihat bahawa seni mampu melonjakkan identiti dan imej University Malaya sebagai gedung ilmu terulung, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malahan menjadi terkenal di seluruh dunia. Maka pada zaman Pak Ungku lahirlah institusi seni dan budaya di UM, seperti Muzium Seni Asia yang ketika itu
Dewan Budaya » 2013 » June
itu, sebaliknya mempersendakan tindakan melarikan diri dalam perang.Dalam hal ini, 36 Taktik Peperangan merupakan istilah yang menyifatkan orang yang licik dan pandai menipu. Pada masa itu, 36 Taktik Peperangan bukan karya strategi peperangan yang mempunyai kandungan yang konkrit, tetapi hanya merupakan taktik yang sering diperkatakan dalam kalangan rakyat China dan diguna pakai dalam opera, novel, dan lain-lain. *** Rencana ini Anugerah SEA Write Award 2011, SM Zakir dalam catatannya di laman media sosial Facebook tiga hari selepas PRU13 menyatakan, “Sebahagian besar daripada perubahan masyarakat pada era pasca moden hari ini bukan digerakkan oleh perubahan politik tetapi oleh perubahan budaya.” Budaya cinta akan negara dalam kalangan generasi muda, sesuatu yang menjadi polemik sebelum ini sehingga merisaukan banyak pihak. Namun begitu, PRU13 menunjukkan
Dewan Budaya » 2014 » January
sulaman atau tekat bunga pada kain yang telah lama digunakan oleh tukang pandai jahit dahulu kala. Suji yang halus akan menyerlahkan estetika kain sarung. Kini, motif suji pada kain sarung bukan sahaja bermotif bunga-bungaan, malahan bermotif flora, fauna, geometri, dan organik. Keunikan suji yang halus bukan sahaja menyerlahkan keindahan kain, malahan ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi. Pada suatu ketika dahulu golongan istana sahaja yang mampu memakai kain bersuji benang emas sebagai pakaian, manakala rakyat biasa
Dewan Budaya » 2014 » July
tempat, apatah lagi dijadikan sebagai ilmu atau dis ip lin asas di universiti moden. Orang sains, umpamanya, tidak lagi ambil pusing tentang falsafah dan sejarah sains! Dari sudut ini, universiti bukan lagi tempat yang membawa “satu kisah”, hatta tidak lagi memanfaatkan uni-verse . Kerana itu jugalah, alam semesta kini turut kusut-masai kerana kesepaduan ilmu hampir tidak wujud. Tidak salah jika filem yang ditonton oleh mereka ataupun tidak. Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa filem hanya diberi label oleh penyelidik, seperti pengkaji meletakkan teori terhadap sesuatu teks sastera. Banyak juga orang bukan Kristian, termasuk orang Islam, yang menonton dan meminati Da Vinci Code dan 2012 . Penulis, sebagai contoh, tidak mengambil tahu tentang genre filem yang ditonton. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi
Dewan Budaya » 2015 » November
lain pula mengatakan bahawa dia menonton wayang kerana skrinnya besar dan bunyi suara wayang itu yang jelas. Inilah, katanya, yang disebut sebagai pengalaman sinema. Pastinya juga rakan ini menonton wayang bukan untuk mengesan dan memikirkan mesej tersiratnya, tetapi sekadar untuk berhibur menenangkan diri. Menurut Raja Yusoff Ariffin, David Teo pernah menegaskan bahawa dia membuat filem seumpama membuat “tauhu”. Bagi pemilik MIG sebaliknya, selepas itu dan mereka yang menonton wayang semata-mata untuk hiburan – tidak lebih daripada itu. Industri perfileman negara tidaklah besar. Oleh itu, tidak perlulah isu filem “tauhu” dan filem bukan “tauhu” diperbesar-besarkan. Jika mereka hendak berfikir ketika menonton wayang, biarlah mereka berfikir. Kalau mereka mahu berhibur semasa menontonnya, biarlah mereka berbuat demikian. Yang penting ialah selera mereka dipenuhi. Armin
Dewan Budaya » 2016 » January
lebih rapi. Oleh itu, sebagai bidan yang arif tentang perubatan tradisional, penyakit, seperti buntal-buntalan , perlu disampang lebih dahulu agar tidak melarat menjadi penyakit burut sehingga mendatangkan mudarat. Penyakit burut bukan hanya mampu menyebabkan bayi sering mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian kemaluan, malah penyakit ini dapat melarat ke alam dewasa. Rawatan bagi penyakit burut ini dilakukan sebelum hari gugurnya tali seorang zipi yang berpotensi menggegarkan dunia! Itulah senario yang berlaku tentang perubahan generasi baharu yang turut menuntut budaya baharu dalam pelbagai aspek kehidupan dan keperluan. Generasi ini memacu destinasi dan bukan dipacu, berpandangan luas dan bukannya sempit, sentiasa maju dan bukannya terperangkap di sesuatu tempat. Yang menariknya, apabila generasi itu bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi seperti sekarang
Dewan Budaya » Tradisi
lebih rapi. Oleh itu, sebagai bidan yang arif tentang perubatan tradisional, penyakit, seperti buntal-buntalan , perlu disampang lebih dahulu agar tidak melarat menjadi penyakit burut sehingga mendatangkan mudarat. Penyakit burut bukan hanya mampu menyebabkan bayi sering mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian kemaluan, malah penyakit ini dapat melarat ke alam dewasa. Rawatan bagi penyakit burut ini dilakukan sebelum hari gugurnya tali daripada golongan berpengaruh, seperti pawang, bomoh dan ketua adat. Apabila salah seorang penduduk kampung meninggal dunia, sanak-saudara yang berada jauh dan dekat akan dimaklumkan berita kematian tersebut dengan segera. Bukan suku kaum Semai sahaja yang dijemput untuk menziarahi kematian, malah penduduk kampung yang berdekatan turut dijemput bagi menziarahi dan membantu upacara pengebumian. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Disember
Dewan Budaya » 2012 » December
pula oleh pelukis tersohor negara, Datuk Syed Ahmad Jamal, menjadi tumpuan penggiat seni, pelukis, ahli bahasa, dan budayawan seluruh tanah air. Ditambah pula dengan ketokohan Profesor Diraja Ungku Aziz yang bukan sahaja disegani di dalam negara, malahan terkenal di dunia luar. Kerancakan dunia akademik dan aktiviti seni, menyemarakkan nama Universiti Malaya (UM). Para ekspatriat luar negara yang berkunjung ke UM pasti tenggelam dalam badai gelombang samudera.” Baginda mengimbas sejarah fungsi dan peranan institusi Raja dalam masyarakat Melayu yang akhirnya membentuk sebuah negara bangsa pada tahun 1957. Baginda menegaskan, peranan institusi Raja bukan sekadar memenuhi tuntutan ceremonial, s ebaliknya Baginda mengingatkan kepentingan Raja yang dinyatakan dalam Perlembagaan: “Sepuluh peratus atau 19 daripada 183 Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Perkara-Perkara berkaitan Raja. Berpandukan
Dewan Budaya » 2014 » May
Afrika, dan Amerika Latin yang diadakan di Beijing. Beliau mengambil peluang menyampaikan surat Perdana Menteri Malaysia itu, yang ditulis atas nama Pengerusi Majlis Olimpik Malaysia, kepada Zhou Enlai. Diplomasi pingpong bukan sahaja meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara, malah terus mendorong proses jalinan hubungan diplomatik China–Malaysia. Bermula pada bulan Jun tahun itu, rundingan bagi menjalin hubungan diplomatik antara abad ke-7. Hubungan antara dua buah kerajaan besar, yang satu di Asia Timur dan yang satu di alam Melayu, itu mempunyai signifikan yang khusus dalam konteks interaksi tamadun, yang bukan hanya terbatas pada hubungan dagang semata-mata, malah menjangkau hubungan kebudayaan, pemikiran dan sistem kepercayaan. Bagi dinasti Tang, kesuburan kegiatan pendeta Buddha di Sriwijaya menjadi pangkalan terbaik untuknya mengembangkan ajaran
Dewan Budaya » 2015 » May
hidung untuk mengesani orang di sekeliling mereka sehingga mereka dapat menangkap Mat Pit. Di samping itu juga, mereka dapat menerima keikhlasan Laila dan Jamil. Yang jelas, mereka hanya buta mata, bukan buta di dalam perut. Keempat-empat watak buta diberi warna yang berbeza walaupun semua mampu bernyanyi dan bermain alat muzik. Jusuh (Ebby Saiful Ali) disegani oleh semua rakannya. Daud (Sani
Dewan Budaya » Umum
menyebabkan hilangnya satu daripada khazanah dan kebijaksanaan tamadun Melayu. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara hanya mampu merancang kegiatan seni persembahan tersebut. Yang akan memastikan kelangsungannya hanyalah, tidak lain dan tidak bukan, pemilik seni persembahan itu. Selamat menyambut Hari Malaysia 2014. Armin Azhari Saleh Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran September 2014. Posted in: Nota Editor , Umum • Carian • Video Promosi
Dewan Budaya » Gatra Perdana
cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan India. Mereka tidak menganggap Tanah Melayu ini sebagai tanah air mereka, manakala orang Melayu pula menumpukan perhatian pada kawasan Timur 2018 Teks ANINAH JANANG Misi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 kini berbaki kurang dua tahun sahaja lagi. Kejayaan itu datang dengan cakupan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja meliputi pembangunan ekonomi dan pendidikan, malah pengiktirafan dunia terhadap Malaysia. Salah satu pengiktirafan yang meningkatkan keyakinan dunia terhadap Malaysia ialah Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan
Dewan Budaya » 2013 » March
daripada yuran yang dikenakan oleh China disalurkan kepada langkah pemuliharaan panda liar dan habitat mereka sebelum perkhidmatan tersebut mengeluarkan permit import panda. Program peminjaman panda yang dimulakan pada tahun 1984 bukan semata-mata untuk tujuan keuntungan.Jumlah panda yang semakin terancam menyebabkan haiwan ini perlu diberikan perlindungan yang sistematik, di samping usaha penyelidikan dan pembiakan bagi memastikan kelestarian haiwan yang menjadi
Dewan Budaya » 2013 » April
2015 yang akan menguatkan lagi kedudukan ekonomi negara anggota selain memberikan dampak sosial dan politik. Hal ini membuktikan bahawa setiap negara khususnya negara anggota ASEAN ingin membangunkan modal insan yang bukan sahaja menguasai sains dan teknologi, sebaliknya mempunyai jati diri yang ampuh. Wilayah Asia Tenggara ini sangat unik dengan kepelbagaian bangsa, budaya, dan agama. Sebelum kedatangan penjajah, nama Kepulauan Melayu atau
Dewan Budaya » 2014 » April
yang menamai diri mereka sebagai Kumpulan Seni. Drama karya Usman itu diarahkan oleh Baha Zain (Baharuddin Zainal) dan dipentaskan pada 26 Julai. Kehebatan Kumpulan Seni dapat dilihat kerana kumpulan ini bukan sahaja mengadakan persembahan di Balai Budaya DBP, malah di beberapa buah tempat lain, seperti Universiti Malaya, Muzium Negara, Morib dan Melaka. Sebagai akibatnya, sejak persembahan pertamanya, kumpulan teater ini, walaupun
Dewan Budaya » 2014 » August
dan laluan sempit yang melalui deretan rumah yang bercirikan seni bina Huizhou. Pak Yu memberitahu saya bahawa sebenarnya feng shui telah memberikan banyak pengaruh kepada orang tempatan. Amalan feng shui bukan sahaja digunakan dalam pemilihan tapak bangunan, tetapi juga memberikan kesan terhadap tingkah laku mereka setiap hari. Menurut amalan feng shui, qi (tenaga) akan dibawa oleh angin, manakala air akan menampungnya
Dewan Budaya » 2017 » February
dahulu, tuk guru ialah intelektual pada zamannya dan dihormati oleh masyarakat kerana berpengetahuan luas, bijak memecahkan persoalan, dan teliti ketika menganalisis sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakatnya. Isu hudud, misalnya, bukan sekadar hudud, tetapi diiring pemahaman dengan takzir, qisas dan diat. Tatkala hudud merujuk hukuman yang ditentukan dan ditetapkan dalam al-Quran dan hadis, perlu juga pertimbangan qisas yang berprinsip pada
Dewan Budaya » 2017 » June
semua ruang perutnya dengan makanan, berlaku beberapa perkara yang tidak baik kepada dirinya. Antaranya termasuklah badan berat, hati keras, otak kurang cerdas, sering tidur dan malas bekerja. Pemakanan yang baik bukan sahaja terhad pada aspek bahan makanan. Cara makan juga mempengaruhi kesihatan badan. Sebagai contohnya, amalan membasuh tangan sebelum makan mampu untuk mengelakkan pelbagai penyakit, seperti keracunan makanan. Apabila tangun dibasuh
Dewan Budaya » 2018 » September
cinta akan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan iri hati dan tidak percaya dalam kalangan kaum berleluasa hingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Pada masa itu, orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian mereka ke tanah besar China dan India. Mereka tidak menganggap Tanah Melayu ini sebagai tanah air mereka, manakala orang Melayu pula menumpukan perhatian pada kawasan Timur
Dewan Budaya » 2011 » December
daripada golongan berpengaruh, seperti pawang, bomoh dan ketua adat. Apabila salah seorang penduduk kampung meninggal dunia, sanak-saudara yang berada jauh dan dekat akan dimaklumkan berita kematian tersebut dengan segera. Bukan suku kaum Semai sahaja yang dijemput untuk menziarahi kematian, malah penduduk kampung yang berdekatan turut dijemput bagi menziarahi dan membantu upacara pengebumian. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Disember
Dewan Budaya » 2012 » January
Posted in: Nota Editor 0 Comments Hala Tuju Dana Industri Kreatif admin on January 20th, 2012 Oleh: Aninah Janang Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang dilancarkan pada 21 Oktober lalu bukan sahaja memperkasakan industri kreatif negara, tetapi mampu menjanakan perolehan secara langsung sehingga RM7.2 bilion setahun dan bakal mewujudkan 50 000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Sumbangan dasar industri kreatif
Dewan Budaya » 2012 » February
___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Februari 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Kuih Cina Buatan Melanau admin on February 5th, 2012 Oleh Fala Pade K uih Cina, tetapi bukan buatan masyarakat Cina. Itulah keunikan kuih Cina yang terdapat di Sarawak. Kuih Cina ialah biskut tradisional buatan masyarakat Melanau yang enak. Kuih ini dihasilkan secara tradisional dan menggunakan ekstrak daun
Dewan Budaya » 2012 » November
bahasa kebangsaan.Bahasa yang menjadi pengikat perpaduan dan bahasa yang mengungkap peradaban serta ketamadunan bangsa. Justeru melalui sistem pendidikan kita serapkan budaya menegur secara berhemah ini.Transformasi dalam sistem pendidikan bukan sahaja menuntut anjakan paradigma berorientasikan kemajuan sains dan teknologi, malahan membina jati diri dan personaliti unggul dalam kalangan murid-murid melalui pemupukan identiti nasional. Maka jelaslah budaya menegur ini bermula
Dewan Budaya » 2013 » August
mengharmonikan dan nilai perbezaan menjadi sempadan yang perlu dihormati.Suara yang membantah pembelajaran mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITA) di institusi pengajian tinggi swasta sewajarnya tidak harus dilayan. Bukan isu indoktrinasi yang menjadi persoalan, sebaliknya membudayakan sikap dan nilai memahami masyarakat lain melalui kajian silang budaya tamadun bangsa mampu menjadi alat yang ampuh untuk membentuk generasi muda yang mendukung
Dewan Budaya » 2013 » November
dan peranti elektronik. Sasaran pelancongnya pula lebih 90 peratus kepada golongan wanita, dan 10 peratus lelaki yang meliputi usia antara 20-an hingga 30-an. Golongan ini disasarkan akan menjadi bukan sahaja pelancongan semasa tetapi pelancong masa hadapan yang akan kembali melancong ke Korea Selatan. Jelasnya, strategi pemasaran produk pelancongan ini berjaya mengeksport budaya Korea Selatan ke seluruh dunia, menyebarkan nilai
Dewan Budaya » 2015 » January
Pesta Chandan sudah lama berkubur, banyak lagi pesta yang bertaraf tempatan yang baru muncul, seperti Festival Persuratan George Town dan Festival Penulis dan Pembaca Johor Bahru. Dengan hal yang demikian, bukan sahaja nama pesta yang meniti bibir pelancong, lokasinya juga akan disebut-sebut. Barulah Malaysia dapat menjadi destinasi pelancongan dalam erti kata yang sebenar. Selamat menyambut tahun baharu Masihi 2015 . Armin
Dewan Budaya » 2017 » April
buku lebihan. Kadang-kadang penulis ini terfikir tentang sebab tiada lagi kunjungan ke panggung wayang, atau dalam konteks sekarang, sinepleks. Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa filem, baik Melayu mahupun bukan Melayu, gagal menambat hati penulis ini. Kecuali beberapa buah filem, seperti Bukit Kepong , penulis ini masih berminat untuk menonton filem yang dihasilkan sewaktu era kegemilangan filem Melayu. Dalam keadaan politik
Dewan Budaya » 2018 » July
2018 Teks ANINAH JANANG Misi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 kini berbaki kurang dua tahun sahaja lagi. Kejayaan itu datang dengan cakupan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja meliputi pembangunan ekonomi dan pendidikan, malah pengiktirafan dunia terhadap Malaysia. Salah satu pengiktirafan yang meningkatkan keyakinan dunia terhadap Malaysia ialah Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan

Kembali ke atas