Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh] | بولوه

Definisi : sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.luh] | بولوه

Definisi : pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya keras tetapi berlubang di tengah-tengahnya dan beruas. ~ akar buluh yg agak besar batangnya, Dendrocalamus pendulus. ~ betung buluh yg agak besar lagi tebal batangnya, Dendrocalamus asper. ~ cina buluh yg kecil dan biasanya dibuat pagar, Bambusa nana. ~ dekut seruling drpd buluh yg digunakan utk memikat burung. ~ duri buluh yg berduri. ~ gading buluh yg batang dan daunnya berwarna kuning, Bambusa vulgaris. ~ lemang (talang) buluh yg tipis kulitnya dan biasanya digunakan sbg bekas memasak lemang. ~ perindu a. buluh kecil yg menimbulkan bunyi yg merdu apabila ditiup angin, Bambusa magica. b. seruling drpd buluh. pembuluh sesuatu yg menyerupai buluh bentuknya (berongga dan bulat spt paip air): ~ darah urat yg menyalurkan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)